Gim Hutan Sebenar – Pemuliharaan Biodiversiti di Sarawak dan Sabah bersama Envoi Sains Dr. Lovejoy

U.S. Science Envoy Dr. Thomas Lovejoy visited the Semenggoh Wildlife Centre in Sarawak, July 2016. (Photo by Sarawak Forestry)

Seperti gimnasium hutan sebenar, begitulah reaksi Envoi Sains dari Amerika Syarikat, Dr. Tom Lovejoy, ketika memerhatikan orang utan dari Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sabah beraksi di dalam hutan.  Usaha menyelamat, memulih, dan mengembalikan lebih 700 orang utan sepanjang sejarah perjalanan pusat ini merupakan salah satu daripada kisah kejayaan pemuliharaan biodiversiti yang Dr. Lovejoy dengar semasa lawatan empat hari beliau ke Malaysia dari 19 hingga 22 Julai.  Di dalam hutan hujan dan hutan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Borneo Utara, Dr. Lovejoy bertemu pemimpin persatuan sivil, pelajar, dan kerajaan yang melakukan usaha untuk memulihara dan mengekalkan biodiversiti Malaysia yang kaya.  Beliau kagum dengan komitmen yang ditunjukkan oleh pihak terbabit.  Ini termasuk usaha oleh badan bukan kerajaan yang cuba mengelakkan kepupusan penuh spesies Badak Borneo, komitmen pusat hidupan liar untuk menyelamatkan anak Gajah Pigmi, dan individu persendirian yang mendedikasikan kehidupannya untuk menyelamatkan Beruang Matahari Borneo.  Dr. Lovejoy meninjau pelbagai usaha pemuliharaan biodiversiti di Malaysia yang bertujuan untuk melindungi spesies flora dan fauna terancam disebabkan oleh perubahan iklim, kehilangan habitat, penyeludupan haram hidupan liar, dan fragmentasi hutan.  Dr. Lovejoy menekankan kepentingan menekankan kisah kejayaan pemuliharaan biodiversiti.

Dr. Lovejoy ialah seorang ahli biologi pemuliharaan yang mencipta istilah diversiti biologi.  Beliau pernah bekerja di hutan Amazon Brazil selama 51 tahun dengan menjalan eksperimen paling lama tentang isu fragmentasi habitat – sama seperti yang dilakukan di Sabah. Beliau berkata bahawa sangat jelas sekarang bahawa fragmentasi hutan lama-kelamaan akan menyebabkan kehilangan spesies yang memberi kesan besar dalam menyokong koridor habitat yang saling memerlukan kerana fragmentasi menyebabkan mereka menjadi terasing.  Tugas beliau sebagai Envoi Sains ke Malaysia adalah untuk menggalakkan agenda pemuliharaan berterusan dan bercakap tentang kisah kejayaan kepada semua mereka yang prihatin dengan masa depan kehidupan di bumi.