Pemenang Hadiah Nobel dalam Fizik Robert. B. Laughlin melawat Kuala Lumpur

Dr Laughlin bersama Tan Sri Zakri Abd Hamid, Penasihat Sains kepada Perdana Menteri menerangkan sesuatu kepada guru sains Malaysia.

Pemenang Hadiah Nobel dalam Fizik Robert. B. Laughlin melawat Kuala Lumpur pada 16 Januari untuk menyemarakkan minat dalam sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam acara Inisiatif untuk Sains dan Kejuruteraan Honeywell. Dr Laughlin memimpin perbincangan dengan guru sains Malaysia bersama Tan Sri Zakri Abd Hamid, Penasihat Sains kepada Perdana Menteri. Pada minggu itu juga, Dr. Laughlin memberi ucapan utama di Universiti Teknologi Petronas untuk membentangkan hasil kerjanya tentang Brayton Battery, teknologi penyimpanan tenaga yang direka untuk menyimpan tenaga angin yang boleh diperbaharui dan elektrik yang dijana daripada haba solar.