Ucapan Kepada Media Pengiring

Taklimat Khas
Mike Pompeo
Setiausaha Negara
Hotel Hilton
Seoul, Korea Selatan
13 Jun, 2018


NAUERT: Baiklah ini akan direkodkan, tetapi sekali lagi, kita akan mengadakan mesyuarat dengan Jepun dan Korea Selatan esok, jadi kita tidak akan cuba mendahului mereka.

SOALAN: Jadi untuk memanfaatkan sepenuhnya – penggunaan terbaik – penggunaan masa kami yang paling berkesan , Tuan Setiausaha, terima kasih banyak kerana sudi berbual –

SETIAUSAHA NEGARA POMPEO: Sudah tentu.

SOALAN: – dengan kami. Soalan saya berkaitan dengan keputusan Presiden Trump untuk menggantung latihan ketenteraan terpenting di Semenanjung Korea. Ada sebab mengapa latihan ini dilaksanakan selama ini, menurut Pentagon, dari segi membantu A.S. berlatih memperkukuh keupayaannya dalam waktu krisis. Adakah keputusan untuk membatalkan latihan ini bersifat tanpa had, atau tuan akan meneruskan latihan jika tuan menyimpulkan bahawa Korea Utara tidak serius dalam perbincangan? Dan bolehkah tuan memberitahu, , kalau boleh, serba sedikit tentang proses membuat keputusan untuk menggantung latihan ini? Adakah tuan meminta panduan daripada USFK, daripada DOD, daripada Korea Selatan sama ada dan bagaimana untuk melaksanakannya?

SETIAUSAHA NEGARA POMPEO: Sebenarnya saya tidak akan bercakap tentang proses dalaman dan perbincangan yang telah diadakan. Tetapi ia – Presiden sangat jelas tentang itu. Saya ada di situ semasa perbincangan berlangsung. Beliau telah membuat penjelasan yang sangat terang bahawa syarat awal untuk tidak meneruskan latihan adalah perundingan berterusan yang produktif, dan baik. Dan pada kala diputuskan bahawa mereka tidak mematuhinya, komitmen Presiden untuk tidak melaksanakan latihan bersama itu tidak lagi akan berlaku. Maksud saya, beliau tidak berasa kabur tentang hal ini dan bagaimana beliau menyampaikannya pada sidang akhbar saya fikir tetapi pastinya juga ketika beliau bersama Pengerusi Kim.

SOALAN: Saya mahu – kalau boleh – Presiden juga bercakap tentang menjadikan tuan sebagai ketua rundingan pada masa depan, dan juga akan mengadakan pertemuan, saya rasa di Rumah Putih minggu depan untuk membincangkan – bagaimana tuan menggerakkannya ke hadapan . Apakah langkah-langkah seterusnya, dan bilakah tuan akan bertemu dengan Korea Utara sekali lagi, dengan Kim Yong-chol, misalnya?

SETIAUSAHA NEGARA POMPEO: Jadi, dalam isu ini mestilah jelas bahawa Presidenlah yang mengetuainya. Dalam pada itu, saya akan menjadi orang yang berperanan memacu proses ini ke hadapan. Saya tidak tahu apa sebenarnya bilakah perbincangan kami seterusnya dengan Korea Utara. Saya menjangkakan ia akan berlaku agak cepat selepas kami kembali ke tanah air kami. Saya tidak pasti apakah bentuknya, tetapi saya yakin suatu waktu pada minggu depan atau seterusnya kita akan memulakan penglibatan tersebut.

Banyak kerja yang telah berlaku dalam hari-hari di Panmunjom yang membawa kepada perbincangan di Singapura, 70 jam atau 60 jam, berapa sahaja waktunya yang diambil oleh kedua-dua pasukan ini semasa berada di sana. Jadi ada – tidak semua usaha itu diletakkan di dalam dokumen akhir tersebut, tetapi terdapat banyak hal lain di mana persefahaman dicapai. Kami tidak dapat mengurangkannya dalam penulisan, maka ini bermakna masih banyak kerja yang perlu dilakukan, tetapi terdapat banyak kerja yang telah dapat dilaksanakan jauh daripada apa yang dilihat dalam dokumen akhir yang akan menjadi tempat penanda kami dalam memulakan usaha sebaik sahaja kita kembali ke meja perbincangan.

SOALAN: Saya ingin membuat pertanyaan susulan sedikit tentang satu hal yang tuan perkatakan kepada Michael. Tapi, kenapa Presiden menggunakan istilah “provokatif”, bagi menerangkan latihan ketenteraan sedangkan itu ialah istilah yang sering digunakan oleh Korea Utara dan China, dan kita telah mengatakan bahawa mereka – bahawa ia sudah lama dirancang dan sebagai tujuan kesediaan?

SETIAUSAHA NEGARA POMPEO: Ya. Maksud saya, saya fikir- saya fikir Presiden sangat jelas dalam hal ini. Niat beliau adalah untuk meletakkan kita pada kedudukan di mana kita akan peroleh peluang mengadakan perbincangan yang produktif berkaitan dengan penghapusan senjata nuklear di Korea Utara. Misi kita tidak berubah, betul. Banyak yang telah difaktakan bahawa perkataan “ditentu sah” tidak kelihatan dalam perjanjian. Biar saya memberi jaminan kepada anda bahawa perkataan “lengkap” merangkumi apa yang dapat ditentu sah dalam minda setiap mereka yang berkenaan. Penghapusan senjata nuklear tidak lengkap tanpa disahkan, disahihkan – anda pilihlah perkataannya.

Presiden komited dalam hal itu. Beliau percaya dengan memberi komitmennya kepada Pengerusi Kim, selagi mana adanya kemajuan dan adanya perbincangan yang jujur, produktif di mana kita tentukan syarat-syarat yang betul untuk bergerak ke hadapan dengan mereka.

SOALAN: Tuan Setiausaha, saya ingin bertanya tuan tentang “ditentu sah dan tidak boleh berbalik.”

SETIAUSAHA NEGARA POMPEO: Mm-hmm.

SOALAN: Tuan mengatakan – sehari sebelum tuan telah berkata ia merupakan matlamat kita, kita – itu sudah jelas yang kita mahukan itu. Ia tidak terdapat dalam kenyataan. Kenapa ia tidak terdapat dalam kenyataan? Dan Presiden mengatakan yang ia akan –

SETIAUSAHA NEGARA POMPEO: Mm-hmm, ia terdapat dalam kenyataan. Ada dalam kenyataan. Anda salah dalam hal ini.

SOALAN: Macam mana ia terdapat dalam kenyataan? Dan saya juga –

SETIAUSAHA NEGARA POMPEO: Anda hanya – sebab “lengkap” merangkumi ditentusahkan dan tidak boleh berbalik. Hanya – saya rasa kita – anda boleh membantah akan semantik tetapi biar saya beri kepastian kepada anda bahawa ianya ada dalam dokumen.

SOALAN: Dan Presiden mengatakan ia akan ditentusahkan.

SETIAUSAHA NEGARA POMPEO: Tentu sahaja ia akan ditentusahkan.

SOALAN: Boleh tuan beritahu kami sedikit lagi mengenai –

SETIAUSAHA NEGARA POMPEO: Tentu sahaja ia akan ditentusahkan. Maksud saya –

SOALAN:  — apakah – apa yang dibincangkan tentang bagaimana?

SOALAN: Sebenarnya, saya fikir—

SETIAUSAHA NEGARA POMPEO: Ianya tidak membantu pembaca anda, mereka yang mendengar, kepada dunia. Ia – sebab ia tidak melambangkan kedudukan rakyat Amerika dari jauh atau juga pemahaman rakyat Korea Utara.

SOALAN: Kami hanya mahu memahami bagaimana ia menggambarkan apa yang tuan perkatakan bahawa –

SETIAUSAHA NEGARA POMPEO: Ya, saya baharu sahaja mengungkapkannya untuk anda.

SOALAN: Baiklah.

SOALAN: Boleh saya – hanya untuk membantu soalannya dan sebagai satu persoalan, isu besarnya ialah tuan – saya fikir tuan mengenali diri tuan sebagai menjadi langkah di mana –

SETIAUSAHA NEGARA POMPEO: Ya, ya.

SOALAN:  — Pembubaran mungkin berlaku dengan Korea Utara, lebih baik dalam berfasa dan pendekatan yang berpanjangan dan Presiden Trump telah menekankan perlunya pembubaran senjata nuklear yang pantas. Isunya ialah ia tidak digambarkan dalam dokumen tersebut. Semasa perbualan peribadi tuan, tuan telah mendapat pengakhirannya, dan bagaimana dan di mana kedudukannya?

SETIAUSAHA NEGARA POMPEO: Saya tidak akan memberi sebarang pandangan mengenai perbualan peribadi kami. Anda patut tahu yang itu akan menjadi amalan saya setiap hari kami dalam perbincangan dengan mereka.

SOALAN: Saya hanya ingin – Tuan Setiausaha, sebagai mempertahankan Francesca, saya ingin katakan bahawa tuan telah sangat spesifik dalam idea CVID ini.

SETIAUSAHA NEGARA POMPEO:Mm-hmm.

SOALAN: Tetapi bahasa dalam dokumen itu sendiri sekiranya kita ambilnya pada nilai muka, Korea Utara tidak membuat sebarang komitmen dalam – dalam dokumen tersebut bahawa mereka tidak pernah melaksanakannya – bahawa banyak kali sebelum ini mereka tidak pernah melaksanakannya.

SETIAUSAHA NEGARA POMPEO:Mm-hmm.

SOALAN: Jadi bahasa itu penting dan kita mahu supaya kita memperoleh perasaan sebenar apa sebenarnya yang dipersetujui oleh Korea Utara, dan itu membawa kepada soalan saya, iaitu: Wujudnya beberapa skeptikal tentang memandangkan KCNA sekarang ini berkata bahawa Presiden Trump telah bersetuju dengan pendekatan langkah demi langkah yang seolah-olah tidak konsisten dengan apa yang tuan tuntut sebelum ini. Adakah tuan bimbang tentang mesej yang keluar daripada Korea Utara yang mungkin mereka mempunyai idea berbeza dengan apa yang telah dipersetujui di sidang kemuncak? Dan kemudian kami juga dapati tatkala Presiden keluar dari pesawat dan berkata yang tiada lagi ancaman nuklear di Korea Utara, walaupun mereka belum lagi menyerahkan segala senjata mereka.

SETIAUSAHA NEGARA POMPEO: Sebenarnya, saya tidak bimbang tentang apa yang telah disampaikan kepada rakyat Korea Utara dan apa yang saya faham mereka percaya memandangkan perbincangan tersebut – perbincangan yang berkali-kali, bukan hanya sekali dengan Presiden Trump tetapi tentu sekali waktu bersama Presiden Trump. Tetapi saya juga telah mengadakan perbincangan sebanyak dua kali dengan Pengerusi Kim sebelum itu, malah saya telah meluangkan lebih banyak masa dengan – dengan Kim Yong-chol. Saya yakin bahawa mereka faham apa yang kami bersedia untuk lakukan, beberapa hal mungkin kami tidak bersedia melakukannya. Dan anda mulakan soalan anda dengan soalan sama yang telah ditanyakan tadi. Saya amat yakin mereka faham bahawa akan ada proses penentusahan yang mendalam.

SOALAN: Adakah pendirian Korea Utara mengenai mesyuarat tersebut tepat apabila mereka mengatakan bahawa Presiden Trump telah menyetujui pendekatan berfasa?

SETIAUSAHA NEGARA POMPEO: Saya terpaksa meletakkan kandungan perbincangan kami kepada antara kedua-dua belah pihak, tetapi seseorang patut tegas menolak apa-apa yang ditulis di tempat lain –

SOALAN: Boleh saya tanya satu soalan penentusahan?

SETIAUSAHA NEGARA POMPEO: — termasuk daripada beberapa orang rakan sekerja anda.

SOALAN: (Ketawa.) Adil.

SOALAN: Sebenarnya, saya hanya ingin bertanya tentang interlocutor anda, Korea Utara.

SETIAUSAHA NEGARA POMPEO: Ya, dan saya tahu sebenarnya apa yang diperkatakan.

SOALAN: Presiden juga menyebut bahawa Korea Utara telahpun memusnahkan tapak-tapak ujian, termasuklah tapak ujian bagi enjin misil. Dapatkan kita menentu sah sejauh mana kemusnahan yang telah dilakukan dan sama ada ianya kekal – dimusnahkan sama sekali?

SETIAUSAHA NEGARA POMPEO: Ya, jawapannya ialah: Saya hanya boleh menjawab yang mereka mempunyai pemahaman cukup baik tentang apa yang telah berlaku di sana dan – tetapi saya tidak mahu terlibat dalam penilaian perisikan. Kami telah menghabiskan – saya tidak mahu terlalu – jumlah masa yang cukup banyak dalam pembinaan pemahaman telah berlaku di sana. Sudah tentu keutamaan kita adalah mempunyai pakar-pakar di kawasan tersebut apabila perkara seperti ini berlaku; kita akan peroleh lebih banyak pemahaman yang menyeluruh tentang apa yang telah berlaku dan apa yang tidak berlaku.

SOALAN: Apakah tuan ingin mencapai pelucutan senjata nuklear yang utama sebelum berakhirnya penggal pertama Presiden Trump? Adakah itu matlamat tuan?

NAUERT: Ini merupakan soalan terakhir.

SOALAN: Kalau begitu, biarkan beliau buat yang terakhir sebab saya –

SETIAUSAHA NEGARA POMPEO: Pastikan – pastikan – Boleh anda ulang semula soalan anda? Sebab ia nampak ketara kepada saya. Soalan tersebut nampaknya – jawapan hampir telah membuktikannya sendiri.

SOALAN: Sebenarnya, itu –

SETIAUSAHA NEGARA POMPEO: Jadi mungkin saya tertinggal –

SOALAN: Saya tidak tahu. Saya tidak berada dalam pentadbiran.

SETIAUSAHA NEGARA POMPEO: — Jadi mungkin ada sesuatu yang saya tertinggal.

SOALAN: Saya tidak boleh bercakap bagi pihak pentadbiran, tetapi –

SOALAN: Sebenarnya, mungkin sudahkan tuan menentukan tempoh tamat di mana –

SOALAN: Ya.

SOALAN: — masa rakyat Korea Utara telah melakukannya –

SOALAN: Dan adakah tuan mahu langkah-langkah utama tersebut diambil dalam masa dua tahun akan datang?

SETIAUSAHA NEGARA POMPEO: Oh, ya, sudah pasti, tentu sahaja. Berkenaan garis masa, saya tidak mahu membincangkannya. Wujudnya garis masa umum yang telah – telah ada di sana, betul – pihak Korea Utara dan Korea Selatan telah membincangkan tentang garis masa tersebut. Presiden telah mengatakan, dan ianya pengetahuan umum, usaha itu sendiri akan mengambil masa yang lama. Kami telah menyediakan satu pasukan yang besar bersedia untuk dikerah. Kami telah mengusahakannya berbulan-bulan bagi mewujudkan semua parti berkaitan daripada makmal kami, mereka yang sangat bijak – sebelum terlupa, ia bukan sahaja rakyat Amerika, tetapi rakan kongsi di seluruh dunia. Kami telah bersedia untuk melaksanakannya sebaik sahaja kami dalam kedudukan yang membolehkan kami pergi ke tempat yang kami boleh laksanakannya, namun harapan saya kita juga boleh bergerak ke hadapan dengan agak cepat.

SOALAN: Jadi tentu sahaja untuk –

SETIAUSAHA NEGARA POMPEO: Ya, sudah pasti dalam penggal pertama pentadbiran Presiden.

SOALAN: Sebenarnya, dan maafkan saya, ia merujuk kepada apa?

PN. NAUERT: Kepada semua, tuan Setiausaha harus pergi sekarang, semua.

SOALAN: Dan apa istilah penuh Presiden?

SETIAUSAHA NEGARA POMPEO: Seperti yang anda katakana, saya harap kita akan saksikan – anda guna istilah utama – “pelucutan senjata utama,” lebih kurang seperti itu. Ya, kami sangat berharap yang kami boleh mencapainya dalam masa – apa – dua setengah tahun, lebih kurang.

SOALAN: Terima kasih.

NAUERT: Baiklah. Terima kasih, semua.

SOALAN: Terima kasih banyak.

SETIAUSAHA NEGARA POMPEO: Baiklah. Terima kasih, semua.

SOALAN: Terima kasih, tuan.

SETIAUSAHA NEGARA POMPEO: Selamat malam semua.

SOALAN: Terima kasih banyak.

SETIAUSAHA NEGARA POMPEO: Ya. Berehatlah.

Terjemahan ini disediakan sebagai ihsan dan hanya sumber asal dalam bahasa Inggeris yang dianggap sebagai berwibawa.

###