Ucapan Setiausaha kepada Jawatankuasa Senat mengenai Hubungan Luar

Testimoni
Michael R. Pompeo
Setiausaha Negara
Washington, DC
25 Julai, 2018


SETIAUSAHA NEGARA POMPEO: Selamat tengah hari, Pengerusi Corker, Ahli Ranking Menendez, dan ahli-ahli yang dihormati. Terima kasih atas peluang yang diberikan untuk bersama dengan tuan-tuan dan puan-puan pada hari ini.

Semasa hari bicara pengesahan saya, tuan-tuan dan puan-puan telah meminta saya untuk meletakkan usaha dalam menangani pelbagai masalah dunia, dan selama 12 minggu saya telah melakukan yang sedemikian itu. Saya harap kita akan beroleh peluang untuk berbincang mengenai setiap satunya pada hari ini. Selama beberapa minggu yang lalu saya telah melibatkan diri dalam tiga bidang yang menjadi kepentingan tertentu bagi jawatankuasa ini: Korea Utara, NATO, dan Rusia.

Menyentuh subjek Rusia, pada hari ini saya ingin membawa perhatian tuan-tuan dan puan-puan terus kepada satu perkara. Pada hari ini, pihak pentadbiran Trump telah mengeluarkan apa yang kita panggil Deklarasi Crimea. Saya tidak akan membaca keseluruhannya. Saya akan mengemukakannya sebagai pengetahuan umum. Ia juga telah diumumkan secara terbuka. Namun terdapat satu bahagian yang dibaca seperti berikut:
“Amerika Syarikat menyeru pihak Rusia untuk menghormati prinsip-prinsip yang telah sekian lama dituntut untuk mematuhi dan menamatkan penjajahannya di Crimea.” Akhir petikan.

Saya ingin menyakinkan pihak jawatankuasa ini bahawa Amerika Syarikat tidak dan tidak akan mengiktiraf cadangan aneksasi Kremlin terhadap Crimea. Kami berdiri bersama-sama dengan sekutu, rakan kongsi, dan komuniti antarabangsa dalam komitmen kami terhadap Ukraine dan integriti wilayah mereka. Tidak aka nada kelonggaran dalam sekatan yang berkaitan dengan Crimea sehinggalah pihak Rusia memulangkan semula kawalan Semenanjung Crimea kepada Ukraine. Deklarasi Crimea ini memformalkan dasar ketidakiktirafan Amerika Syarikat.

Terdapat satu lagi petunjuk kemajuan diplomatik yang ingin saya sampaikan. Pagi ini, Pastor Andrew Brunson, beliau yang telah dipenjarakan di Turki selama hampir dua tahun, telah dibebaskan daripada penjara di Buca. Beliau masih lagi berada di bawah penahanan dalam rumah, jadi usaha kami masih lagi belum selesai, namun ia satu kemajuan yang dialu-alukan- salah satu perkara yang ramai antara kita yang terlibat dan sesuatu yang mana pihak Jabatan Negara juga telah berusaha keras. Kami akan terus berusaha untuk mempercepat kembalinya semua rakyat Amerika yang ditangkap secara tidak adil di luar negara. Presiden Trump tidak akan melupakan rakyatnya sendiri.

Diplomasi kita dalam isu ini bergerak ke arah matlamat Strategi Keselamatan Negara Presiden Trump, yang mana telah ditetapkan prinsip-prinsip panduan bagi dasar luar Amerika pada bulan Disember lalu. Pada akhir April lalu, saya telah memulakan perlaksanaan strategi sebagai Setiausaha Negara. Dan hari ini, pada 1 Julai – maafkan saya, hari ini kita di sini, dan saya ingin menyampaikan kepada tuan-tuan dan puan-puan beberapa laporan kemajuan.

Strategi Keselamatan Negara telah menubuhkan “Perlindungan Rakyat Amerika, Tanah air, dan Cara Kehidupan Rakyat Amerika” sebagai tonggak keselamatan negara kita. Pada 17 Julai, Presiden Trump telah mengatakan ketegasan keyakinan beliau bahawa “diplomasi dan keterlibatan menjadi pilihan daripada konflik dan permusuhan.” Prinsip-prinsip ini telah menjadi panduan tindakan kami terhadap Korea Utara. Diplomasi Presiden Trump telah melemahkan situasi bila mana prospek konflik meningkat setiap ketika. Rakyat Amerika lebih selamat hasil tindakan beliau.

Berkaitan dengan matlamat pentadbiran Trump terhadap Korea Utara, tiada perubahan yang berlaku. Objektif kami masih kekal dengan pengesahan nyahsenjata nuklear Korea Utara yang muktamad dan sepenuhnya, seperti yang dipersetujui oleh Pengerusi Kim Jong-un.

Sebagai susulan kepada kejayaan sidang kemuncak Presiden dengan Pengerusi Kim, pada 5 Julai, saya telah mengadakan lawatan ke Korea Utara bagi merancakkan komitmen yang telah dibuat di Singapura. Kami telah terlibat dalam diplomasi yang penuh kesabaran, tetapi kami tidak akan membiarkan hal ini berlanjutan tanpa kesudahannya. Saya telah menekankan pendirian ini dalam perbincangan yang produktif yang telah saya adakan bersama Naib Pengerusi Kim Yong-chol.

Presiden Trump masih kekal bersemangat mengenai prospek nyahsenjata nuklear Korea Utara. Kemajuan berlaku. Kami memerlukan Pengerusi Kim Jong-un melaksanakan komitmennya yang dibuat di Singapura. Sehinggalah Korea Utara menghapuskan senjata-senjata pemusnah besar-besarannya, sekatan kami, dan yang di Pertubuhan Stesen Bersatu akan kekal – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu – akan terus dikuatkuasakan. Beberapa resolusi Majlis Keselamatan PBB mensyaratkan Korea Utara untuk menghapuskan semua senjata pemusnah besar-besarannya dan program misil balistiknya. Resolusi-resolusi tersebut telah mendapat kelulusan sebulat suara, dan akan kekal penguatkuasaannya. Kami benar-benar memerlukan setiap negara mengekalkan penguatkuasaan sekatan yang mana setiap negara telah komited untuk melaksanakannya.

Laluan di hadapan tidak mudah, namun kami bertahan demi harapan dunia yang lebih selamat serta masa depan yang lebih cerah bagi Korea Utara.

Strategi Keselamatan Negara juga menyeru ke arah “Keamanan melalui Kekuatan.” Keterlibatan Presiden Trump dalam NATO telah membuahkan perkongsian bebanan besar yang boleh memperkasa seluruh persekutuan menentang pelbagai ancaman konvensional dan bukan konvensional. Sekutu telah membelanjakan lebih daripada $40 bilion dalam meningkatkan perbelanjaan pertahanan sejak tahun 2006, dan akan terdapat lebih beratus juta – billion dolar dalam tahun mendatang.

Sejumlah $14.4 bilion perbelanjaan terbaharu pada tahun lalu iaitu meningkat 5.1 peratus. Ia merupakan yang terbesar dalam generasi. Lapan sekutu akan memenuhi 2 peratus pada tahun ini; 18 berada dalam barisan untuk berbuat demikian menjelang tahun ’24. Pihak pentadbiran Trump telah meminta setiap negara untuk membuat komitmen masing-masing.

NATO akan kekal menjadi tonggak yang diperlukan dalam keselamatan negara Amerika. Kami faham bahawa kelemahan akan memprovokasi musuh kami, dan kekuatan dan perpaduan akan melidungi kita. Lebih ramai ahli NATO yang menyumbang, lebih baik untuk pakatan ini memenuhi misinya dalam menghalang ancaman terhadap setiap negara. Inilah peningkatan komitmen yang diperlukan oleh Presiden.

Dari sejak permulaan pentadbiran ini, Strategi Pertahanan Negara dan Strategi Bersepadu Rusia, pendekatan kami sentiasa sama: bagi meningkatkan kos pencerobohan secara berterusan sehinggalah Vladimir Putin memilih dasar luar yang kurang konfrontatif, dalam waktu yang sama membuka pintu untuk berdialog demi kepentingan negara. Di antara kedua-dua negara ini, Amerika Syarikat dan Rusia mempunyai lebih daripada 90 peratus senjata nuklear di dunia. Presiden Trump percaya bahawa kedua-dua kuasa nuklear yang hebat ini tidak seharusnya wujud perbalahan. Ini bukan hanya untuk kepentingan kita tetapi juga demi kepentingan seluruh dunia. Beliau sangat percaya bahawa sekarang merupakan masa untuk berkomunikasi secara langsung akan perhubungan kita bagi menjelaskan kepada Presiden Putin bahawa wujudnya kemungkinan, walau jauh sekalipun, untuk menukar haluan negatif hubungan ini. Jika tidak, pentadbiran ini akan terus mengenakan tindakan keras terhadap Rusia sebagai tindak balas terhadap kegiatan jahatnya.

Kita tidak boleh mencapai kemajuan dalam isu-isu yang saling membimbangkan kecuali kita berbincang mengenainya. Saya telah mendengar daripada kebanyakan tuan-tuan dan puan-puan dalam panel ini yang berkata sedemikian tahun demi tahun. Saya merujuk kepada isu-isu penting seperti menghentikan keganasan, mendapatkan keamanan di Ukraine, menghentikan perang saudara di Syria dan menyampaikan bantuan kemanusiaan, memastikan keamanan Israel, dan memusnahkan semua aktiviti jahat Iran.

Dan menyentuh tentang subjek Iran, Presiden Trump telah mengatakan bahawa “Iran bukanlah merupakan negara yang sama lima bulan yang lalu.” Ini kerana kempen tekanan kewangan kami, penarikan kami dari perjanjian nuklear, dan sokongan penuh kami terhadap rakyat Iran yang telah saya nyatakan dalam ucapan saya pada Ahad lalu, memberi kesan.

Di Helsinki, kami cuba untuk menerokai sama ada Rusia berminat untuk memperbaiki hubungan kami tetapi mesti dijelaskan bahawa kunci dalam pertimbangan Rusia. Kami telah mempertahankan kepentingan strategi asas Amerika di Syria dan Ukraine, dan saya sendiri telah membuat penjelasan kepada pihak Rusia bahawa akan adanya akibat yang teruk sekiranya pihak tersebut mencampuri urusan demokratik kita.

Saya juga ingin menambah bahawa Presiden Trump amat menyedari akan cabaran yang ditimbulkan oleh pihak Rusia ke atas Amerika Syarikat dan rakan-rakan dan sekutu kita. Beliau telah mengambil sejumlah tindakan yang agak mengejutkan demi melindungi kepentingan kita. Sebagai beberapa bukti, saya ingin menyebut yang berikut: 213 sekatan ke atas entiti Rusia dan individu dalam pentadbiran Trump; 60 orang perisik Rusia telah diusir dari Amerika Syarikat dan penutupan konsulat Rusia di Seattle sebagai tindak balas penggunaan senjata kimia Rusia di United Kingdom; penutupan konsulat Rusia di San Francisco, memotong staf diplomatik A.S. oleh pihak Rusia hampir 70 peratus; 150 latihan tentera telah diketuai atau ambil bahagian di Eropah pada tahun ini sahaja; lebih daripada 11 bilion telah dikemukakan untuk Inisiatif Pertahanan Eropah [1]; kami telah menyediakan senjata pertahanan untuk Ukraine dan Georgia; dan hanya minggu lepas Jabatan Pertahanan – ini selepas Helsinki – menambah tambahan $200 juta dalam dana kerjasama keselamatan ke Ukraine. Semua ini tidak berlaku lapan tahun terdahulu daripada pentadbiran Presiden Trump.

Sekiranya ini tidak mencukupi untuk tuan-tuan dan puan-puan, terdapat senarai panjang. Saya dengan rasa gembira untuk meneruskannya, dan saya rasa mungkin hari ini saya akan mendapat peluang itu. Saya amat menantikannya.

Akhir sekali, saya ingin memberitahu bahawa Presiden Trump telah menyatakan bahawa beliau menerima keputusan komuniti risikan mengenai campur tangan pihak Rusia pada pilihan raya 2016. Beliau mempunyai pemahaman yang penuh dan tepat tentang apa yang berlaku. Saya tahu; saya yang telah memberi taklimat kepadanya selama lebih setahun. Ini sangat jelas kepada saya secara peribadi. Saya juga yakin beliau sangat menghormati kesungguhan dan bahayanya usaha yang dicurahkan oleh patriot kita dalam komuniti perisikan setiap hari, dan saya tahu bahawa beliau berperasaan sama seperti mereka-mereka yang bekerja di Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Terima kasih, Pengerusi Corker.


Terjemahan ini disediakan sebagai ihsan dan hanya sumber asal dalam bahasa Inggeris yang dianggap sebagai berwibawa.