Ulasan Oleh Presiden Trump Dan Kim Jong Un, Pengerusi Suruhanjaya Hal Ehwal Negara Republik Rakyat Demokratik Korea Semasa Menandatangani Kenyataan

ULASAN OLEH PRESIDEN TRUMP
DAN KIM JONG UN, PENGERUSI SURUHANJAYA HAL EHWAL NEGARA REPUBLIK RAKYAT DEMOKRATIK KOREA SEMASA MENANDATANGANI KENYATAAN BERSAMA


Capella Hotel
Singapura

1:39 P.M. SGT

PRESIDEN TRUMP:  Jadi kami menandatangani sebuah dokumen penting, sebuah dokumen yang agak menyeluruh.  Kami telah mengadakan satu pertemuan yang baik, satu perhubungan yang baik.  Saya akan membuat sidang akhbar pada 2:30, dalam masa kurang daripada dua jam lagi.  Dan kita akan membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut.  Buat masa ini, saya rasa mereka akan sediakan dokumen ini bagi pihak Pengerusi Kim atau saya.  Kami berdua rasa sangat gembira untuk menandatangani dokumen ini.  Terima kasih.

Pengerusi Kim ingin menyatakan sesuatu kepada media?

PENGERUSI KIM:  (Sebagaimana diterjemahkan.)  Hari ini kami telah mengadakan suatu pertemuan bersejarah dan membuat keputusan untuk melupakan perkara yang lalu.  Kami akan menandatangani sebuah dokumen yang bersejarah.  Dunia akan menyaksikan satu perubahan besar.

Saya mahu menyatakan penghargaan saya kepada Presiden Trump yang menjadikan pertemuan ini satu kenyataan.  Terima kasih.

PRESIDEN TRUMP:  Terima kasih tidak terhingga.

(Dokumen ditandatangani.)

S    Tuan Presiden, adakah dia bersetuju untuk menghapuskan senjata nuklear?

PRESIDEN TRUMP:  Kami akan memulakan proses itu dengan cepat.  Sangat, sangat cepat.  Sudah pasti.

S    Tuan President, penghapusan senjata nuklear 100 peratus?

S    Adakah tuan membincangkan tentang Otto Warmbier?

T    Pengerusi Kim, adakah anda setuju untuk menghapuskan senjata nuklear anda?

PRESIDEN TRUMP:  Anda akan melihat semuanya sebentar lagi.  Surat yang kami tandatangan adalah sangat menyeluruh, dan saya rasa kedua-dua belah pihak akan merasa gembira dengan keputusan yang dibuat.  Semangat muhibah yang tinggi telah ditunjukkan, usaha yang besar, persediaan yang banyak.  Saya mahu ucapkan terima kasih kepada semua di kedua-dua belah pihak.  Setiausaha Pompeo serta semua rakan sejawatnya di sebelah sana, semuanya hebat belaka.

Terima kasih tidak terhingga.  Saya gembira.  (Tepuk tangan.)

Terima kasih semua.  Jumpa anda sebentar lagi.  Kami bangga dengan apa yang telah dilaksanakan hari ini.  Saya fikir hubungan kita dengan Korea Utara dan Semenanjung Korea — akan berada dalam suasana yang sangat berbeza berbanding dahulu.  Kami mahu melakukan sesuatu.  Kami akan melakukan sesuatu.  Dan kami telah mewujudkan hubungan yang sangat istimewa.  Semua orang akan merasa sangat tertarik.  Semua orang akan merasa sangat gembira.  Dan kami akan menyelesaikan satu masalah yang besar dan sangat bahaya untuk dunia.

Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Kim.  Kami telah menghabiskan banyak masa bersama pada hari ini.  Masa yang sangat intensif.  Dan saya mahu nyatakan bahawa hasil yang kami bawa adalah lebih baik daripada apa yang dijangka oleh semua orang.  Bagi saya sangat baik — Saya telah menonton pelbagai laporan berita.  Saya rasa hasilnya jauh lebih baik daripada apa yang semua orang jangkakan.

Dan ini akan membawa kepada lebih banyak lagi hasil.  Ini adalah satu penghormatan untuk bersama-sama anda.  Satu penghormatan yang besar.

Terima kasih.  Terima kasih kepada semua perwakilan.

Terima kasih semua.  Terima kasih.

S    Adakah anda akan menjemput Pengerusi Kim ke White House?

PRESIDEN TRUMP:  Sudah tentu saya akan jemput beliau.

(Tepuk tangan.)  Terima kasih.  Terima kasih semua.

END                 1:46 P.M. SGT

###