Penyiaran Laporan Pelaksanaan Strategi Indo-Pasifik Amerika Syarikat

JABATAN NEGARA A.S.
Pejabat Jurucakap
Untuk Siaran Segera
NOTA MEDIA

3 November 2019

Penyiaran Laporan Pelaksanaan Strategi Indo-Pasifik Amerika Syarikat

Sempena dengan Forum Perniagaan Indo-Pasifik dan Persidangan Asia Timur 2019 di Bangkok, Thailand, Jabatan Negara A.S. dengan sukacitanya menyiarkan laporan kemajuan pelaksanaan strategi seluruh kerajaan AS bagi rantau Indo-Pasifik.  “Rantau Indo-Pasifik yang Bebas dan Terbuka:  Meningkatkan Visi Bersama” memperincikan inisiatif diplomatik, ekonomi, pentadbiran kerajaan dan keselamatan selama dua tahun yang menunjukkan komitmen berterusan Amerika Syarikat terhadap Indo-Pasifik dan cara kami mengukuhkan perhubungan antara insan dan perhubungan dua hala.

Pada November 2017, Presiden Trump telah menggariskan visi untuk Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka apabila semua negara dapat mencapai kemakmuran bersama sebagai negara yang bebas dan berdaulat. Visi ini berasaskan nilai yang telah membuktikan keamanan dan kemakmuran di rantau Indo-Pasifik sejak beberapa generasi. Perdagangan yang bebas, saksama dan timbal balik, persekitaran pelaburan yang terbuka, tadbir urus yang baik dan kebebasan di laut merupakan matlamat yang dikongsi oleh semua pihak yang mahukan masa depan yang makmur, bebas dan terbuka.

Laporan ini menyatakan bagaimana kerajaan AS bekerjasama dengan negara sekutu dan negara rakan  untuk melaksanakan visi kami bagi rantau Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka.  Laporan ini menyebut tentang sumber AS yang disalurkan ke rantau ini dengan sokongan Kongres Amerika Syarikat dan turut menyentuh langkah-langkah yang kami ambil bersama dengan negara sekutu dan negara sahabat dalam merealisasikan visi yang kita kongsi bersama.  Laporan ini menyokong Laporan Strategi Indo-Pasifik, yang memperincikan peranan Jabatan Pertahanan dalam strategi ini.

Laporan ini boleh didapati di https://www.state.gov/a-free-and-open-indo-pacific-advancing-a-shared-vision/

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi EAP-Press@state.gov.

# # #