Membuat Roti dan Pastri dengan California Raisins bersama Chef Audrey Tan

Master Chef Baker Audrey Tan. (U.S. Embassy photo)
Jenama di bawah California Raisins - Sunmaid dan Ligo. (Foto Kedutaan A.S./FAS Kuala Lumpur)
Jenama di bawah California Raisins – Sunmaid dan Ligo. (Foto Kedutaan A.S./FAS Kuala Lumpur)

Pada 12 April 2017, satu seminar membuat roti dan pastri dengan California Raisins telah diadakan di Kuala Lumpur. Seminar ini mendapat sambutan menggalakkan daripada chef pastri dan roti dalam industri makanan dan minuman. Master Chef Audrey Tan membuat roti dan pastri menggunakan California Raisins serta menguli doh sambil berkongsi petua dan teknik istimewa menggunakan kismis.

Kismis California Raisins dibuat daripada anggur sebenar dan dikeringkan di bawah cahaya matahari California. Kismis ini mempunyai kemanisan semula jadi yang mengurangkan keperluan untuk gula. Ia juga dapat mengekalkan air dengan baik yang membantu mengekalkan kelembapan roti dan pastri. Bukan itu sahaja, kismis ini juga mempunyai khasiat antioksidan, serat dan kalium selain beberapa khasiat lain.

Penggunaan California Raisins di Malaysia kekal konsisten bagi tempoh tiga tahun yang lalu, kebanyakannya dalam perkhidmatan makanan (seperti kedai roti, restoran dan hotel) serta sektor pembuatan yang merupakan pengguna terbesar kismis dalam persediaan makanan dan produk. Di dunia, Malaysia adalah pengimport ke-13 terbesar California Raisins pada 2016 dengan 2,261 tan atau bernilai US$7 juta. Daripada jumlah import Malaysia, Amerika Syarikat menguasai 60% pasaran, diikuti oleh Iran dan India.