Flag

An official website of the United States government

Menggalakkan Kepelbagaian Melalui Bola Keranjang
2 MINIT DIBACA
Mei 9, 2023

PERHATIAN: PENGARANG

Kuala Lumpur –Kedutaan A.S. Kuala Lumpur dengan bangganya mempersembahkan Duta Sukan A.S. ke Malaysia dalam acara pembukaan rasmi di Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA).  Duta Besar Brian D. McFeeters melancarkan program bola keranjang ini yang menjadi kenyataan melalui kerjasama antara Kedutaan A.S. Kuala Lumpur dan Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT).  Duta Besar McFeeters disertai oleh Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Mohamad bin Haji Alamin dan Ketua Pengarah SEARCCT, Dato’ Ganeson Sivagurunathan.

Duta Sukan A.S. Scooter Christensen dan Cherelle George, daripada Harlem Globetrotters, dan Chinny Nwagbo, pemain bola keranjang profesional yang sudah bersara akan berinteraksi dengan golongan belia selama seminggu dalam program Sports in Enhancing and Promoting Authentic Diversity for Unity (SEPADU).

Duta Sukan akan melakukan demonstrasi, klinik bola keranjang dan ceramah di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu. Mereka akan mengadakan latihan dan perlawanan persembahan, serta terlibat dalam dialog dengan sekolah, persatuan belia dan media untuk menunjukkan sukan boleh digunakan sebagai saluran positif oleh belia dan alternatif kepada tingkah laku negatif.

Dalam ucapannya, Duta Besar McFeeters berkata, “Program Duta Sukan A.S. merupakan bukti kepercayaan kami bahawa sukan boleh menjadi alat yang berpengaruh untuk menggalakkan keamanan dan perpaduan.”

Program Duta Sukan ialah komponen unik dalam diplomasi antara rakyat Jabatan Negara A.S.  Pelajaran yang mereka kongsi dari gelanggang sukan seperti komunikasi, kerja berpasukan, daya tahan, keterangkuman dan penyelesaian konflik adalah penting untuk pembangunan kepimpinan, pembinaan komuniti, kesaksamarataan dan keamanan.