Program Bertutur Dalam Bahasa Inggeris di Sudut Lincoln Melaka

Group photo of the participants with English Language Fellow Emily. (U.S. Embassy photo)
ELF Emily Jones memimpin program bahasa Inggeris. (Foto Kedutaan A.S.)
ELF Emily Jones memimpin program bahasa Inggeris. (Foto Kedutaan A.S.) 

Pada 22 Jun, Felo Bahasa Inggeris Fulbright (ELF) Emily Jones menyampaikan program bahasa Inggeris selama setengah hari bertajuk “Speak Up in English” di Sudut Lincoln Melaka kepada kira-kira 80 pelajar sekolah menengah.  Jones memperkenalkan geografi A.S. kepada peserta sambil menggalakkan mereka terlibat dalam perbincangan menggunakan gambarnya di Amerika Syarikat.  Dalam satu lagi segmen, peserta membaca dialog bahasa Inggeris yang menekankan ungkapan perasaan gembira, kecewa, marah, dan teruja.  Sepanjang program ini, peserta berinteraksi antara satu sama lain dengan hanya menggunakan bahasa Inggeris.  Pelajar juga seronok menyampaikan sketsa pendek dalam bahasa Inggeris.  Pada akhir program ini, pelajar mengucapkan terima kasih kepada Jones dengan berdiri untuk memberi tepukan gemuruh.  Maklum balas bertulis peserta menyifatkan program sebagai menakjubkan, menyeronokkan, dan penuh semangat.