Program Bahasa Inggeris Sudut Lincoln Kelantan Tumpu Pada Perlindungan Alam Sekitar

Pada 18 April, Ketua Imam Kelantan membuka program bahasa Inggeris Sudut Lincoln dengan menekankan kepentingan mempelajari bahasa Inggeris. Ini diikuti dengan program yang melibatkan Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) Fulbright Kiranjit Kaur dan Jake Klingensmith dan jurulatih bahasa dan kepimpinan Khidar Abdullah serta kira-kira 40 pelajar sekolah menengah Kelantan yang berumur 16-17 tahun (kebanyakannya dari sekolah agama). Aktiviti yang dijalankan termasuk pelbagai aktiviti interaktif membaca, bercakap dan menulis dalam bahasa Inggeris. Sempena Hari Bumi pada 22 April, sesi program ini juga tertumpu pada perlindungan alam sekitar, khususnya tentang peranan penting pokok dalam melindungi planet bumi. Kakitangan Sudut Lincoln menganjurkan pameran bahan perpustakaan yang berkaitan dengan kedua-dua bahasa Inggeris dan perlindungan alam sekitar dan memberikan sokongan visual/audio termasuk iPad dan Kindle untuk digunakan peserta.