Kenyataan daripada Setiausaha Akhbar tentang Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak

Presiden Donald J. Trump akan mengalu-alukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dari Malaysia ke Rumah Putih pada 12 September. Presiden Trump berharap untuk meraikan ulang tahun ke-60 perhubungan dua hala Amerika Syarikat-Malaysia dan membincangkan cara untuk memperkuat dan memperluaskan hubungan dua hala serta mengembangkan kerjasama serantau dengan salah satu rakan kongsi Amerika yang paling rapat di Asia Tenggara.