Siaran Akhbar: Serangan Pengganas di Sri Lanka

Kenyataan Akhbar
Michael R. Pompeo
Setiausaha Negara
Washington, DC
21 April 2019


Amerika Syarikat mengutuk sekeras-kerasnya serangan keganasan di Sri Lanka pada pagi hari Easter. Serangan ke atas orang tidak bersalah yang berkumpul di tempat ibadat atau yang menikmati hidangan pada hari cuti ialah penghinaan kepada nilai sejagat dan kebebasan yang kita pegang dan pertahankan, dan menunjukkan sifat kejam pengganas radikal yang bertujuan mengancam kedamaian dan keamanan.

Amerika Syarikat mengucapkan takziah setulus hati kepada keluarga dan rakan-rakan mereka yang terbunuh dan mendoakan kepada semua yang cedera agar segera kembali sihat. Walaupun masih banyak butiran tentang serangan belum muncul, kami dapat mengesahkan bahawa beberapa warga A.S. adalah antara yang terbunuh. Kedutaan A.S. bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk memberi segala bantuan yang mungkin kepada warganegara Amerika yang terjejas oleh serangan dan kepada keluarga mereka.

Serangan ganas ini merupakan peringatan tegas tentang mengapa Amerika Syarikat mengekalkan keazaman kami untuk berjuang menewaskan keganasan. Kami berdiri bersama kerajaan dan rakyat Sri Lanka ketika mereka menghadapi keganasan ekstremisme dan menawarkan bantuan kami untuk membawa pelaku keganasan ke muka pengadilan.