Pentadbiran Presiden Donald J. Trump Memajukan Rantau Indo-Pasifik Yang Bebas Dan Terbuka

FORUM PERNIAGAAN INDO-PASIFIK: Para pegawai pentadbiran mengesahkan komitmen menyeluruh kerajaan untuk meningkatkan penglibatan ekonomi dan komersil di rantau Indo-Pasifik.  

  • Hari ini, para anggota kabinet Pentadbiran Trump dan pegawai kanan yang lain menyertai pemimpin perniagaan Amerika dan pembesar asing di Forum Perniagaan Indo-Pasifik di Washington, D.C.
    • Ketua-ketua dari Jabatan Negara, Jabatan Perdagangan, Jabatan Tenaga, Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat, Perbadanan Pelaburan Swasta Luar Negara (OPIC), dan Bank Eksport-Import semuanya bercakap di Forum ini.
  • Pegawai Pentadbiran Trump menegaskan bahawa pelaburan Amerika Syarikat di rantau Indo-Pasifik adalah baik untuk Amerika, baik untuk perniagaan, dan juga baik untuk dunia.
  • Para pegawai pentadbiran mengumumkan inisiatif baharu yang bertujuan mempercepat penglibatan sektor swasta Amerika Syarikat di rantau ini dan menyokong lebih banyak peluang eksport Amerika Syarikat.
  • Para pegawai mengesahkan sokongan terhadap Akta Penggunaan Pelaburan yang lebih Baik Ke Arah Pembangunan (Better Utilization of Investments Leading to Development, BUILD) untuk memperbaharui, memodenkan dan meningkatkan kapasiti pembiayaan pembangunan lebih sekali ganda.

PELABURAN STRATEGIK:  Pentadbiran Trump mengumumkan pendanaan segera sebanyak $113.5 juta untuk memulakan inisiatif strategik yang baharu di rantau Indo-Pasifik. 

  • Inisiatif strategik baharu ini akan memberi tumpuan kepada:
    • Menambah pelaburan swasta Amerika Syarikat di rantau ini
    • Meningkatkan sambungan digital dan keselamatan siber
    • Menggalakkan pembangunan prasarana mapan
    • Mengukuhkan keselamatan dan akses tenaga
  • Perkongsian Sambungan Digital dan Keselamatan Siber akan menggunakan perkongsian awam-swasta dan bantuan teknikal bagi menyokong prasarana digital di rantau Indo-Pasifik.
  • Rangkaian Transaksi dan Bantuan Prasarana akan membentuk badan antara agensi yang menyelaraskan usaha penilaian projek, pembiayaan pembangunan langsung, dan menyediakan bantuan teknikal.
  • Asia EDGE – Meningkatkan Pembangunan dan Pertumbuhan menerusi Tenaga –  akan menggalakkan keselamatan dan akses tenaga dengan meningkatkan eksport Amerika Syarikat dan menggalakkan dasar-dasar yang berasaskan pasaran.
  • Jabatan Perdagangan (DOC), menerusi program Access Asia, akan memperuntukkan 25 acara dan misi dagang utama tahun 2019 untuk menghubungkan firma-firma Amerika Syarikat dengan pasaran di rantau Indo-Pasifik. 

KERJASAMA DENGAN RAKAN-RAKAN: Pentadbiran Trump mengumumkan pelbagai usaha kerjasama ekonomi baru dengan Jepun, Australia, India, dan Mongolia.  

  • OPIC mengeluarkan kenyataan kerjasama dengan Jepun dan Australia. Jepun baru-baru ini mewujudkan dana bernilai $50 bilion untuk prasarana serantau.
  • DOC memberikan status Kebenaran Perdagangan Strategik Tahap 1 untuk India, yang membolehkan syarikat-syarikat Amerika mengeksport lebih banyak barangan teknologi tinggi di bawah pengecualian lesen yang diperkemas.
  • Millennium Challenge Corporation akan melaksanakan perjanjian bernilai $350 juta dengan Mongolia untuk meningkatkan bekalan air yang mapan ke Ulaanbaatar, ibu negara Mongolia.
  • Agensi Perdagangan dan Pembangunan Amerika Syarikat menandatangani perjanjian pembangunan tenaga baharu di India, dan melancarkan program kerjasama gas asli cecair dengan Jepun.
  • Amerika Syarikat mengumumkan pengukuhan sokongan untuk institusi serantau yang penting, termasuk Persatuan Negara-negara Asia Tenggara, Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik, Inisiatif Mekong Hilir, dan Persatuan Negara-negara Pesisir Lautan Hindi.

###