Laporan Pasukan Penyiasatan Bersama tentang Nahas Pesawat Penerbangan Malaysia MH17

Amerika Syarikat mengalu-alukan keputusan sebulat suara Pasukan Penyiasatan Bersama (JIT) yang memberikan kuasa pendakwaan kepada mahkamah Belanda ke atas mereka yang bertanggungjawab menyebabkan nahas pesawat MH17. Kami mempunyai keyakinan penuh terhadap keupayaan sistem keadilan jenayah Belanda untuk mencapai keputusan yang adil dan saksama.

Menjelang ulang tahun ketiga tragedi kehilangan nyawa itu, kami sekali lagi ingin menyampaikan ucapan takziah penuh ikhlas kepada keluarga terbabit.

Amerika Syarikat akan terus bekerjasama dengan Pasukan Penyiasatan Bersama dalam siasatan yang dijalankan. Kami menyeru kepada negara lain yang dapat membantu untuk bekerjasama sepenuhnya supaya mereka yang bertanggungjawab akan dipertanggungjawabkan. Kami sekali lagi menggesa semua negara untuk mengambil langkah bagi memastikan pematuhan penuh kepada Resolusi 2166 Majlis Keselamatan PBB, yang menyeru “siasatan antarabangsa yang lengkap, teliti dan bebas mengenai kejadian itu.”