Nisha Ayub Antara Penerima Anugerah Wanita Berani Antarabangsa 2016

U.S. Secretary of State John Kerry presents the 2016 International Women of Courage Award to Nisha Ayub of Malaysia, Transgender Rights Advocate, at the U.S. Department of State in Washington, D.C., March 29, 2016 (State Department photo)

Nisha Ayub, dari Malaysia, baru-baru ini pergi ke Amerika Syarikat untuk menerima Anugerah Wanita Berani Antarabangsa 2016 daripada Setiausaha Negara A.S. Anugerah ini diberi setiap tahun untuk mengiktiraf wanita dari seluruh dunia yang menunjukkan keberanian dan kepimpinan luar biasa dalam memperjuangkan keamanan, keadilan, hak asasi manusia, kesaksamaan gender dan pemerkasaan wanita, meskipun mereka seringkali menghadapi risiko peribadi yang besar.

Selepas majlis penganugerahan, Nisha akan melakukan perjalanan dengan penerima lain ke bandar-bandar di seluruh Amerika Syarikat untuk melibatkan diri dengan rakyat Amerika melalui Program Kepimpinan Pelawat Antarabangsa.  Dengan perjumpaan ini, wanita ini dapat membina hubungan dengan rakan-rakan A.S. mereka dan mendapat pengetahuan dan kemahiran untuk digunakan di negara asal mereka.

Tahun ini merupakan ulang tahun kesepuluh Anugerah ini, yang telah mengiktiraf hampir 100 wanita.  Majlis Anugerah Wanita Berani Antarabangsa disiarkan secara langsung di http://www.state.gov.

Untuk pertanyaan akhbar, hubungi Devlen Yeoh di yeohty@state.gov atau 03-21685061. Ikuti perbincangan di Twitter #WomenofCourage.

Biografi Nisha Ayub dilampirkan untuk rujukan anda.

Nisha Ayub
Nisha Ayub adalah pendokong utama untuk hak-hak transgender di Malaysia. Beliau merupakan pengasas bersama dua pertubuhan NGO – Yayasan SEED, yang menyediakan sokongan kepada individu transgender dan masyarakat terpinggir, dan Justice for Sisters, yang menyediakan bantuan guaman kepada individu transgender dengan matlamat untuk menghentikan penindasan golongan LGBTI. Baru-baru ini, beliau mengetuai kempen untuk mempromosikan imej positif golongan transgender, dan pada masa ini menjalankan bengkel tentang orientasi seksual dan jenayah kebencian seksual untuk badan kerajaan, korporat dan kumpulan masyarakat sivil. Sebagai transgender dan wanita Islam yang tinggal di negara dengan majoriti penduduk Islam, Nisha telah dipukul dan dipenjarakan semata-mata kerana menjadi seorang transgender. Pada usia 21 tahun, beliau ditahan kerana berpakaian seperti seorang wanita dan dihukum tiga bulan dalam penjara lelaki, di mana beliau telah didera secara seksual. Walaupun mendapat ancaman berterusan, Nisha tabah dalam memperjuangkan hak-hak individu LGBTI di seluruh negara.