Flag

An official website of the United States government

SIARAN AKHBAR: Mengukuhkan Organisasi Masyarakat Sivil untuk Memerangi Pemerdagangan Orang
4 MINIT DIBACA
Julai 29, 2021

Participants from various civil society organisations celebrate the launch of the Anti-Trafficking Capacity Building for Impact program.

SIARAN AKHBAR

Kuala Lumpur – Pada hari Khamis 29 Julai 2021, bersempena dengan Hari Menentang Pemerdagangan Orang Sedunia, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan wakil Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran Malaysia (MAPO), Mohamad Fauzi Md Isa, melancarkan program Anti Trafficking Capacity Building for Impact (CBI) bersama Duta Besar AS ke Malaysia Brian D. McFeeters. Program ini, yang merupakan inisiatif impak sosial oleh ENGENDER Consultancy dan Project Liber8, bertujuan untuk membangunkan rangkaian organisasi masyarakat sivil (CSO) yang lebih kuat yang komited untuk memerangi pemerdagangan orang melalui tindakan dan pembelajaran kolektif, serta menyokong pelaksanaan Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang 2021 – 2025 (NAPTIP 3.0) oleh kerajaan.

Disokong oleh Kedutaan Besar A.S. Kuala Lumpur, inisiatif selama 18 bulan ini merangkumi satu siri 20 bengkel latihan kebangsaan dan perundingan advokasi untuk organisasi dan aktivis antipemerdagangan orang. Bengkel-bengkel akan meliputi 4P (Pencegahan, Perlindungan, Pendakwaan dan Perkongsian) bagi pemerdagangan orang, dengan sesi pertama mengenai Pencegahan Pemerdagangan Orang dijadualkan pada 5 Ogos. Modul program juga merangkumi latihan kemahiran mengenai advokasi strategik untuk perubahan perundangan, pemantauan dan pelaporan masalah TIP, serta pengenalpastian dan bantuan mangsa.

Program ini juga akan merangkumi acara kempen untuk orang ramai di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Kota Kinabalu bagi membina kesedaran akar umbi mengenai pemerdagangan orang (TIP), memupuk pemahaman yang lebih empati terhadap isu-isu yang berkaitan dengan TIP, dan mendorong masyarakat untuk bertindak dengan respons kolektif yang bersesuaian.

Wakil projek daripada ENGENDER, Omna Sreeni-Ong berkata “inisiatif ini akan menggunakan pendekatan seluruh negara untuk menyokong dan mempercepat pelaksanaan NAPTIP 3.0 oleh kerajaan.”

Duta Besar McFeeters menekankan “Amerika Syarikat memberi komitmen sepenuhnya untuk bekerjasama dengan Malaysia untuk mendukung pendekatan menyeluruh masyarakat dalam memerangi pemerdagangan orang yang melibatkan kerajaan dan organisasi tempatan. Harapan saya adalah bahawa melalui program hari ini, semua NGO dan CSO yang mengambil bahagian akan dapat mengukuhkan sokongan mereka dan membina jaringan yang lebih kuat untuk memainkan peranan yang lebih bermakna dan berkesan dalam strategi antipemerdagangan orang di Malaysia.”

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Mohamad Fauzi Md Isa mengulas “Modul program ini relevan, terkini dan menyeluruh, menggabungkan 4P (Pencegahan/Perlindungan/Pendakwaan/Perkongsian) yang terkenal apabila memerangi jenayah pemerdagangan orang. Kerajaan Malaysia menyedari banyak kerja baik yang akan dilakukan bersama rakan CSO/NGO kami untuk memastikan kejayaan pelaksanaan NAPTIP 3.0 pada tahun-tahun mendatang.

A.S. berusaha untuk menggalakkan keselamatan, kemakmuran dan hak asasi manusia di seluruh dunia. TIP adalah masalah global, dan A.S. komited untuk bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi untuk memacu dan meningkatkan usaha kolektif bagi menangani pemerdagangan orang. Pertanyaan lebih lanjut mengenai program dan pendaftaran boleh dibuat melalui e-mel kepada Penyelaras Program, Dr Manjit Kaur Ludher manjit@engenderconsultancy.org

Mengenai ENGENDER Consultancy
ENGENDER Consultancy ialah sebuah organisasi sosial yang komited untuk menggalakkan pemerkasaan wanita dan kesamarataan jantina. Ia bekerjasama dengan kolaborator yang, bersama-sama dengan wanita dan lelaki dalam komuniti, organisasi, institusi pendidikan dan kerajaan, merancang penyelesaian strategik dengan tujuan membawa perubahan transformatif.

Tentang Project Liber8
Project Liber8 ialah sebuah organisasi bukan untung yang komited untuk mengubah sikap berkenaan pemerdagangan orang, terutama dalam kalangan belia. Aktiviti Project Liber8