Seminar Perkhidmatan Makanan Daging Khinzir A.S.

Pork chop (U.S. Embassy photo)

Pada 16 November 2016, satu seminar daging khinzir A.S. telah diadakan di Sausage and Ribs Shack di Kuala Lumpur untuk mendidik pengguna perkhidmatan makanan daging khinzir tentang manfaat pemilihan daging khinzir Amerika yang lazat dan berkualiti tinggi, hasil daripada genetik yang baik, pemakanan berkualiti, pengendalian dan teknologi bersesuaian serta piawai yang ketat oleh Jabatan Pertanian A.S. (USDA).  Peserta berpeluang merasa sampel daging khinzir A.S.  Additives Asia, pengimport daging khinzir A.S. untuk perkhidmatan makanan berbesar hati menyediakan daging dalam majlis ini sementara Perkhidmatan Pertanian Luar A.S. (FAS) dan Persatuan Eksport Daging A.S. (USMEF) membiayai promosi ini.