Persidangan Pengajaran Bahasa Inggeris di UNITAR

Participants play a game called “Activate Sentence Race” during a workshop conducted by English Language Fellow Thai-Hoa Le. (U.S. Embassy photo)
Pembantu Hal Ehwal Awam, Marla Lazaro-Beyer menyampaikan ucapannya di Persidangan. (Foto Kedutaan A.S.)
Pembantu Hal Ehwal Awam, Marla Lazaro-Beyer menyampaikan ucapannya di Persidangan. (Foto Kedutaan A.S.) 

Pada 18 Jun, Felo Bahasa Inggeris Christa Bixby dan Emily Jones mengadakan persidangan tentang Pengajaran Bahasa Inggeris 2016 di Universiti Antarabangsa UNITAR (UNITAR) di Kelana Jaya, Selangor. Persidangan selama satu hari bertajuk “Thriving Classrooms: Inspirational Practices to Create Dynamic English Language Learning Environments” dihadiri oleh lebih 150 profesional bahasa Inggeris di seluruh Malaysia.  Matlamat persidangan ini adalah untuk memberi ruang yang luas kepada pendidik berkongsi ilmu dan amalan terbaik sesama mereka agar mereka boleh menggunakan contoh aktiviti praktikal dan pengajaran untuk memudahkan persekitaran pembelajaran Bahasa Inggeris yang aktif.  Persidangan ini menampilkan 27 penceramah dari pelbagai latar belakang dan kepakaran termasuk Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA), alumni E-Teacher serta Felo Bahasa Inggeris.  Setiap penyampai diberi 45 minit untuk menunjukkan dan menjelaskan aktiviti kelas mereka yang praktikal.  Pembentangan melibatkan empat kemahiran, perbendaharaan kata dan pengajaran tatabahasa, pengurusan kelas, pembinaan keyakinan, rutin dan idea kreatif yang lain seperti permainan, podcast dan puisi.

Persidangan ini menerima sambutan baik daripada peserta yang mengucapkan terima kasih kepada Kedutaan A.S. kerana menganjurkannya.