Perbincangan Strategik Malaysia-A.S Tahunan Keenam

Photo of event participants
Foto oleh Jabatan Pertahanan A.S.

Para pemimpin Amerika Syarikat dan Malaysia telah bertemu pada 27 Ogos di Washington, D.C. untuk Perbincangan Strategik Malaysia-A.S..  Delegasi yang diketuai oleh Dr Amy Searight, Timbalan Penolong Setiausaha Pertahanan bagi Selatan dan Asia Tenggara, dan Suriani binti Ahmad, Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik di Kementerian Pertahanan Malaysia, telah membincangkan kerjasama keselamatan, maritim, dan sains ketenteraan dan isu-isu teknologi . Perbincangan tahunan ini, yang diadakan untuk tahun keenam, adalah satu contoh hubungan yang berterusan dan berkembang di antara Amerika Syarikat dan Malaysia.

Perbincangan termasuk kajian semula kerjasama ketenteraan A.S.-Malaysia, termasuk latihan ketenteraan bersama seperti Latihan Amfibia Malaysia-Amerika Syarikat yang diadakan pada 25 Ogos – 2 September 2014 – iaitu latihan ketenteraan amfibia yang pertama diadakan di Malaysia. Delegasi Malaysia juga melawat Makmal Penyelidikan Tentera Laut Amerika Syarikat untuk belajar tentang keutamaan penyelidikan tentera A.S. dan meneroka potensi kerjasama masa depan.