Pengasas LaunchGood.com Bercakap tentang Keusahawanan dan Pendanaan Komuniti

Pelajar dari Universiti Malaysia Kelantan berbincang tentang projek pendanaan komuniti olok-olok mereka dalam bengkel yang dikendalikan oleh Chris Blauvelt. (Foto Kedutaan A.S.)
Pelajar dari Universiti Malaysia Kelantan berbincang tentang projek pendanaan komuniti olok-olok mereka dalam bengkel yang dikendalikan oleh Chris Blauvelt. (Foto Kedutaan A.S.) 

Chris Abdur-Rahman Blauvelt, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif LaunchGood.com, iaitu platform pendanaan komuniti (crowdfunding) berasaskan agama terbesar di dunia dari Amerika Syarikat, melawat Malaysia dari 1-12 April 2016 untuk bercakap mengenai keusahawanan dan pendanaan komuniti kepada golongan belia. Di Malaysia, beliau melawat beberapa buah negeri, yang meliputi lima bandar iaitu Johor Bahru, Kota Bahru, Pulau Pinang, Ipoh dan Kuala Lumpur.

Untuk sesi individu, beliau berkongsi pengalaman menjadi seorang mualaf di Amerika pada usia 16 tahun dan perjalanan profesionalnya memulakan LaunchGood.com pada 2013. Beliau menyentuh tentang nilai penting untuk syarikat permulaan berdasarkan apa yang beliau pelajari sepanjang kerjaya, dan inspirasi kepada pelajar dan usahawan yang baru bermula. Semasa di Pulau Pinang, sesi beliau diadakan di Sudut Lincoln di Seberang Jaya. Di Kuala Lumpur, Kedutaan bekerja dengan Crescent Collective untuk mengadakan ceramah Chris di Ruang@IKSB dan Khazanah Nasional. Chris berjaya menjangkau hampir 500 rakyat Malaysia semasa lawatan beliau.

Selain menyampaikan ceramah, Chris menjalankan bengkel yang memberi tumpuan kepada pendanaan komuniti bersama pelajar dari Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru. Program ini sebahagian daripada Hari Keusahawanan UTM. Bengkel yang sama juga diadakan di Universiti Malaysia Kelantan, Kota Bahru. Di samping itu, Chris menjadi hakim untuk Kem Click! iaitu kem belia yang dibiayai oleh Kedutaan Amerika, yang disokong oleh pembantu guru bahasa Inggeris, dan dilaksanakan oleh alumni program pertukaran kerajaan Amerika Syarikat, bertujuan untuk menggalakkan semangat keusahawanan dan pembangunan ekonomi.