Penasihat Khas untuk Isu Belia Global Melawat Malaysia

Photo of two men laughing
Andy Rabens (kanan) bersama Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan. (Foto Kedutaan A.S.)

Penasihat Khas untuk Isu Belia Global Jabatan Negera A.S. Andy Rabens melawat Kuala Lumpur pada 5 Disember untuk bertemu dengan wakil-wakil kerajaan dan masyarakat sivil dan membincangkan penglibatan belia di Amerika Syarikat dan Malaysia.  Semasa lawatan beliau, Penasihat Khas Rabens telah bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di Putrajaya untuk bertukar-tukar idea mengenai program belia dan kerjasama masa depan.  Beliau juga melawat Magic (Pusat Inovasi & Kreativiti Global Malaysia) di Cyberjaya untuk mengetahui bagaimana ini kemudahan canggih membantu usahawan Malaysia mengembangkan perisian dan aplikasi untuk teknologi masa depan.  Semasa di Kuala Lumpur, Penasihat Khas Rabens juga bertemu dengan aktivis muda masyarakat sivil Malaysia yang membuat perubahan dalam masyarakat mereka.

Penasihat Khas Rabens berkhidmat sebagai wakil utama tentang isu-isu belia untuk Jabatan Negara A.S. dan memimpin usaha untuk menyelaras dan menguatkan dasar dan inisiatif belia global.  Beliau memberi tumpuan pada membantu Kerajaan A.S. terlibat dengan golongan belia di peringkat antarabangsa untuk membantu menyelesaikan cabaran mendesak hari ini di samping membina hubungan dan rangkaian global yang lebih besar.