Pembantu Guru Bahasa Inggeris Fulbright 2015

Photo of English Teaching Assistants
Pembantu Guru Bahasa Inggeris Fulbright 2015 (Foto Kedutaan A.S.)

Suruhanjaya Malaysia-Amerika bagi Pertukaran Pendidikan (MACEE) mengalu-alukan 100 rakyat Amerika daripada 35 negeri dan District of Columbia yang tiba di Malaysia untuk berkhidmat sebagai Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) Fulbright di sekolah-sekolah menengah kebangsaan bagi tahun persekolahan 2015.  Mereka akan ditempatkan di bandar kecil dan kawasan pedalaman di Kelantan, Kedah, Pahang, Perak, Perlis, Terengganu, Sabah dan Sarawak.  Mereka adalah kumpulan keempat ETA Fulbright yang diterima oleh Malaysia sejak permulaan program ETA Fulbright seluruh negara pada tahun 2012.  Oleh kerana kejayaan fasa tiga tahun pertama, program ETA Fulbright telah diperbaharui untuk tiga tahun lagi dan memperluaskan capaiannya ke Kelantan, Kedah, dan Perlis.  Diuruskan bersama oleh MACEE dan Kementerian Pendidikan, program ETA bertujuan untuk meningkatkan minat dan keupayaan pelajar dalam bahasa Inggeris melalui pengajaran bilik darjah, aktiviti ko-kurikulum, dan projek-projek khas yang dijalankan bersama penutur asli Bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat.  Selain itu, program ini akan menggalakkan pertukaran budaya melalui interaksi langsung peserta sepanjang 10 bulan.