Pemangku DCM Kent Stiegler Tekankan Kerjasama Menyeluruh A.S.

Pada 28 Mei, Pemangku Timbalan Ketua Perwakilan (A/DCM) Kent Stiegler mengucapkan tahniah kepada 21 graduan Ijazah Sarjana Institut Malaysia bagi Inovasi Rantaian Bekalan (MISI) di Selangor untuk berjaya menamatkan program ketat, yang merupakan kerjasama antara Institut Teknologi Massachusetts (MIT) dan Kerajaan Malaysia.  A/DCM Stiegler berkata bahawa inisiatif ini meningkatkan hubungan pendidikan antara Amerika Syarikat dan Malaysia, dan menyokong kerjasama komprehensif Presiden Obama dan Perdana Menteri Najib yang dilancarkan pada bulan April.  Beliau berpuas hati atas usaha MIT menubuhkan hab Asia Timur bagi program pengurusan rantaian bekalan yang terkenal di dunia di Malaysia, dengan menyatakan bahawa, “pengurusan rantaian bekalan adalah kunci dalam menghubungkan Pulau Pinang ke Portland dan Milwaukee ke Melaka.”  Beliau mempelawa para graduan untuk menggunakan pengetahuan mereka untuk membawa masyarakat dunia lebih dekat.