Pemain Gitar Guns N’ Roses Ron “Bumblefoot” Thal Gegar Malaysia

Photo of men playing guitars
Ron “Bumblefoot” Thal memainkan gitar dua lehernya bersama Tuku’ Kame dan pemain gitar Jerry Kamit di konsert ‘Music under the Stars’ di Pustaka Negeri Sarawak. (Foto Kedutaan AS)

Ron “Bumblefoot” Thal mempamerkan satu aspek unik budaya Amerika – muzik rock – semasa lawatan tujuh hari beliau baru-baru ini di Malaysia.  Thal, seorang ahli muzik, penulis dan penerbit terkenal mengembara dengan gitar dua leher uniknya ke Kuching, Kota Kinabalu, Johor dan Kuala Lumpur.  Beliau mengajar bengkel untuk pemuzik muda berinspirasi, mengadakan konsert untuk orang ramai, termasuk konsert “Music Under the Stars” di pustaka negeri di Kuching, yang menarik lebih 1,000 penonton.  Antara program kemuncak adalah lawatan Thal ke Hospital Kanak-kanak dan Wanita Likas di Kota Kinabalu di mana beliau mengadakan konsert mini dan memberikan beg hadiah kepada kanak-kanak yang disediakan oleh Persatuan Seni Persembahan Kota Kinabalu (SPArKS).  Selain bermain lagu solo beliau, seperti “Sweet Child of Mine” dan “Little Boy is Watching,” pemain gitar yang memenangi anugerah memainkan banyak lagu Malaysia dengan bantuan artis tempatan, termasuk band popular Tuke’ Kame.  Selain berkongsi bakat muzik, Thal menekankan kepentingan kerja keras, disiplin dan etika seperti datang tepat pada masanya.  Dalam lawatan beliau ke Malaysia, Ron melakukan banyak program dengan media, termasuk penampilan eksklusif untuk stesen radio, TV dan akhbar.