Pelancaran Geran Fulbright-MCMC

Photo of two men receiving awards
DCM Edgard Kagan (paling kiri) dan Datuk Seri Dr Halim Shafie (kanan) menyaksikan pertukaran MoU antara Tengku Zaib Raja Ahmad, Ketua Sokongan dan Perkhidmatan SKMM dan Dr Jim Coffman. (Foto Kedutaan A.S.)

Timbalan Ketua Perwakilan (DCM) Edgard Kagan telah menghadiri majlis rasmi pelancaraan Geran Baru Fulbright-SKMM di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).  DCM Kagan menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) antara Pengerusi SKMM, Datuk Seri Dr Halim Shafie, dan Dr Jim Coffman, Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Malaysia-Amerika bagi Pertukaran Pendidikan (MACEE). Perjanjian baru menyediakan sehingga RM 5 juta dalam tempoh lima tahun akan datang untuk membiayai biasiswa siswazah, penyelidikan dan pertukaran untuk kedua-dua pelajar dan pakar-pakar dalam bidang Komunikasi dan Multimedia dari Malaysia dan Amerika.  Kagan memuji inisiatif ini, dan berkata pertukaran ini penting untuk meningkatkan hubungan jangka panjang antara Malaysia dan Amerika Syarikat.  Beliau juga memberitahu geran ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara.  Sebelum pertukaran MOU, SKMM telah menganjurkan sesi penerangan dan pembentangan oleh penyelidik dan bekas Fulbright, pemimpin industri, ahli akademik dan lain-lain dalam pelbagai isu yang berkaitan dengan komunikasi dan media digital. Untuk maklumat lanjut mengenai peluang-peluang geran baru, sila layari http://www.macee.org.my/