Pelajar Malaysia di Amerika Syarikat meningkat sebanyak 6% pada 7,231

Kemasukan pelajar antarabangsa meningkat 10 peratus pada hampir satu juta

Laporan Open Doors mengenai Pertukaran Pendidikan Antarabangsa 2015 mendapati bahawa 7,231 pelajar Malaysia menghadiri kolej atau universiti di Amerika Syarikat pada tahun akademik 2015/15, peningkatan 6 peratus berbanding tahun sebelumnya.  Malaysia adalah negara ke-22 utama dalam kalangan pelajar antarabangsa di Amerika Syarikat.  Pelajar dari Malaysia di Amerika Syarikat kebanyakannya belajar di peringkat sarjana muda, dengan 71 peratus mendaftar di peringkat sarjana muda, 16 peratus di peringkat sarjana, dan 12 peratus dalam latihan praktikal pilihan.

Bilangan pelajar dari Malaysia menurun daripada paras tertinggi sebanyak 9,074 dalam 1999/2000 kepada paras serendah sebanyak 5,281 dalam 2006/07. Bermula pada tahun 2008/09 jumlah pelajar meningkat selama empat tahun, tetapi masih agak mendatar untuk tempoh tiga tahun terakhir sehinggalah pada tahun lepas apabila jumlahnya melonjak sebanyak 6 peratus.

“Kami teruja untuk melihat lebih ramai pelajar Malaysia mengambil kesempatan daripada peluang pendidikan di Amerika Syarikat,” kata Duta A.S. ke Malaysia Joseph Y. Yun. “Pertukaran pendidikan mengukuhkan hubungan di antara Amerika Syarikat dan Malaysia, melabur dalam masa depan yang dikongsi bersama, dan menyediakan forum untuk menyelesaikan cabaran global. ”

Bilangan pelajar antarabangsa di kolej dan university di Amerika Syarikat mempunyai kadar pertumbuhan tertinggi dalam tempoh 35 tahun, meningkat sebanyak 10 peratus.  Seramai 974,926 pelajar antarabangsa belajar di Amerika Syarikat pada tahun tahun akademik 2014/15.  Pertumbuhan kukuh mengesahkan bahawa Amerika Syarikat kekal sebagai destinasi pilihan dalam pendidikan tinggi. Amerika Syarikat menjadi tuan rumah kepada lebih daripada 4.5 juta pelajar kolej dan universiti di seluruh dunia.  Jumlah ini hampir dua kali ganda bilangan yang pelajar antarabangsa di United Kingdom, negara kedua utama.

China kekal menjadi negara asal utama pelajar antarabangsa di Amerika Syarikat, meningkat sebanyak 11 peratus kepada 304,040. Walau bagaimanapun, pertumbuhan India mengatasi China tahun ini, dengan pelajar dari India meningkat sebanyak 29.4 peratus kepada rekod yang tinggi sebanyak 132,888. Pada 2014/15, China dan India kedua-duanya menyumbang sebanyak 67 peratus daripada jumlah peningkatan pelajar antarabangsa, dan mereka kini merupakan hampir 45 peratus daripada jumlah bilangan pelajar antarabangsa di Amerika Syarikat yang melanjutkan pelajaran peringkat tinggi.

Laporan ini juga mendapati bilangan pelajar A.S. yang pergi ke Malaysia untuk belajar mendapatkan kredit akademik di universiti mereka berjumlah 159 pada 2013/14. Walaupun pelajar Amerika Syarikat yang belajar di luar negara meningkat lebih tiga kali ganda dalam dua dekad terakhir, dengan jumlah yang mencapai rekod baru 304,467, masih hanya kira-kira 10 peratus daripada pelajar A.S. belajar di luar negara sebelum menamatkan pengajian di kolej.

Laporan Open Doors® diterbitkan setiap tahun oleh Institut Pendidikan Antarabangsa dengan kerjasama Biro Hal Ehwal Pendidikan dan Kebudayaan Jabatan Negara Amerika Syarikat. Penerbitan data Open Doors dibuat bersempena sambutan Minggu Pendidikan Antarabangsa, satu inisiatif bersama Jabatan Negara Amerika Syarikat dan Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat untuk menyediakan rakyat Amerika menghadapi persekitaran global dan menarik pemimpin masa depan dari luar negara untuk belajar dan bertukar-tukar pengalaman di Amerika Syarikat.

#  #  #

Open Doors diterbitkan oleh Institut Pendidikan Antarabangsa (IIE), sebuah organisasi bebas bukan untung dengan rangkaian 19 pejabat dan sekutu di seluruh dunia dan lebih 1,400 institusi anggota. IIE mereka bentuk dan melaksanakan program pengajian dan latihan untuk pelajar, pendidik, profesional muda dan pelatih dari semua sektor dengan pembiayaan daripada agensi kerajaan, yayasan, dan syarikat.  IIE menjalankan kajian statistik tahunan pelajar antarabangsa di Amerika Syarikat sejak penubuhannya pada 1919 dan dengan kerjasama Biro Hal Ehwal Pendidikan dan Kebudayaan Jabatan Negara Amerika Syarikat sejak 1972.  Open Doors juga melaporkan bilangan pelajar antarabangsa di universiti Amerika Syarikat; pelajar antarabangsa yang mendaftar bagi Program Intensif Bahasa Inggeris praakademik; dan pelajar A.S. yang belajar di luar negara.  Maklumat lanjut mengenai kaji selidik Open Doors 2015 dan penemuan mereka boleh didapati di laman web Open Doors di www.iie.org/opendoors, dan laporan setebal 100+ muka surat boleh dipesan dengan harga $79.95 daripada IIE Books di www.iiebooks.org.

Biro Hal Ehwal Pendidikan dan Kebudayaan (ECA) Jabatan Negara Amerika Syarikat memacu pelbagai program pertukaran akademik, profesional, dan budaya yang melibatkan kira-kira 50,000 peserta setiap tahun, termasuk Program Fulbright dan Program Pelawat Kepimpinan Antarabangsa, dengan matlamat untuk meningkatkan saling faham-memahami dan hormat-menghormati antara rakyat Amerika Syarikat dan rakyat negara lain.  ECA juga menaja Biasiswa Benjamin A. Gilman untuk siswazah A.S. yang memerlukan bantuan kewangan, Program Biasiswa Bahasa Kritikal menyokong pelajar A.S. di luar negara, dan EducationUSA mempunyai lebih 400 pusat nasihat di seluruh dunia, yang menyediakan maklumat kepada pelajar di seluruh dunia yang ingin belajar di Amerika Syarikat. Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti pertukaran pendidikan dan kebudayaan Jabatan Negara A.S., lawat www.exchanges.state.gov.