Pelajar Amerika Bersedia untuk Program YES 2015

Photo of five students
Lima orang pelajar sekolah tinggi Amerika tiba di Malaysia untuk memulakan program 10 bulan mereka di sekolah menengah di Malaysia. (Foto Kedutaan A.S.)

Selamat Datang! Lima orang pelajar sekolah tinggi Amerika memulakan program Pertukaran Belia dan Pendidikan (YES) Kennedy-Lugar mereka selama 10 bulan minggu ini.  Dalam program ini, pelajar akan tinggal bersama keluarga angkat di Malaysia dan menghadiri Tingkatan Empat di sekolah menengah di seluruh Negeri Sembilan dan Selangor.

Rakan kongsi program tempatan, AFS Antarabudaya Malaysia, menganjurkan program orientasi ketibaan selama 4 hari untuk pelajar ini di Kuala Lumpur sebelum mereka pergi ke rumah keluarga angkat masing-masing.  Pelajar juga melawat Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur untuk sesi taklimat setengah hari tentang operasi Kedutaan, keselamatan dan sekuriti.