Flag

An official website of the United States government

Pejabat Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah
2 MINIT DIBACA
Disember 6, 2015

Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah (DEA) merupakan sebuah agensi penting Persekutuan A.S. yang bertanggungjawab dalam penyiasatan narkotik. DEA akan berhubung dengan agensi penguatkuasaan tempatan, berkongsi idea dan menawarkan khidmat profesional dalam penguatkuasaan undang-undang melalui latihan dalam usaha membasmi pengedaran dadah pada semua lapisan masyarakat. Skop misi DEA termasuk siasatan kepada pembekuan aset yang berbaur narkotik dan kes-kes penyelewengan wang. DEA memastikan hubungan rapat sentiasa kekal di kalangan komuniti penguatkuasaan undang-undang, menawarkan bantuan kepada kakitangan Kedutaan yang memerlukan pengenalan kepada komuniti tersebut. DEA juga mengendalikan latihan dalam negara kepada rakan usahasama, disamping latihan yang diadakan di Amerika. Pejabat DEA Kuala Lumpur turut merangkumi kawasan Timur Malaysia sebahagian daripada tanggungjawab mereka.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah, sila lawati laman web http://www.usdoj.gov/dea/.