Misi
Pejabat Kerjasama Pertahanan (ODC) mengurus aktiviti-aktiviti berikut bersama Malaysia dengan sokongan Kedutaan A.S. Kuala Lumpur dan Pusat Ketumbukan Pasifik A.S:
- Hal-hal berkaitan Penjualan Ketenteraan Asing (FMS) bagi peralatan, perkhidmatan dan latihan,
- Latihan dan Persidangan Ketenteraan, dan
- Program Pendidikan dan Latihan Ketenteraan A.S.
Penjualan Ketenteraan Asing (FMS)
ODC mengurus dan menyokong pemerolehan peralatan, perkhidmatan dan latihan pertahanan A.S oleh Angkatan Tentera Malaysia.
F/A-18 “Hornet” adalah program FMS yang terbesar dan teraktif.
Latihan yang disediakan melalui program FMS termasuk kursus yang disediakan oleh Tentera Udara A.S., Tentera Laut A.S., Tentera A.S., Kor Marin A.S. dan Pengawal Pantai A.S.
ODC membantu penglibatan Kontraktor A.S. dan Kerajaan A.S. dalam pertunjukan dagang pertahanan yang dianjurkan di Malaysia (Perkhidmatan Pertahanan Asia dan Pameran Maritim & Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi).
Bantuan kepada Kontraktor Pertahanan A.S.
ODC bekerja terutamanya dalam program kerajaan dengan kerajaan. ODC adalah titik hubungan Pejabat Pertahanan A.S bagi Kontraktor A.S. yang mahu melakukan perniagaan dengan komuniti pertahanan Malaysia. Pihak Kedutaan bersedia menyediakan semua bantuan berpatutankepada syarikat A.S. yang mahu memenuhi syarat-syarat pertahanan Malaysia. Apabila dua atau lebih syarikat A.S. yang mahu memenuhi syarat yang sama, kami komited untuk memberikan bantuan yang adil.
Bahagian kedutaan yang terlibat khusus dalam membantu syarikat memasarkan produk pertahanan adalah ODC, Perkhidmatan Komersial Asing (FCS), dan Pejabat Atase Pertahanan (DAO). ODC boleh membantu dengan memberikan pemahaman tentang prosedur pemerolehan Kementerian Pertahanan dan syarat-syarat pertahanan; FCS boleh menyediakan maklumat terperinci berkenaan membuat perniagaan di Malaysia, membantu dalam hubungan dengan Kerajaan Malaysia di luar Kementerian Pertahanan, dan menyediakan maklumat mengenai agen tempatan melalui Perkhidmatan Kunci Emas (Gold Key Service) atau dengan melengkapkan Borang Advokasi FCS.
Syarikat A.S. yang memasarkan produk pertahanan diminta menghubungi kedutaan melalui ODC. ODC boleh membantu dengan membuat temu janji dengan FCS dan DAO, jika diminta.
Kami mengesyorkan syarikat yang sudah mengenalpasti syarat tertentu Malaysia, dan percaya mereka mempunyai peluang cerah dipilih menggunakan agen tempatan. Agen tempatan boleh memudahkan temu janji dengan pegawai kerajaan Malaysia dan boleh memberikan maklum balas dan bantuan. Adalah sesuai bagi ODC terlibat jika taklimat penting tentang sistem senjata dibuat. Jika ODC diminta untuk membantu, sila sediakan maklumat berikut:
- Nama penuh syarikat, alamat, emel, dan nombor telefon
- Nama penuh dan biodata wakil pelawat
- Tingkat kebenaran daripada Kerajaan A.S., jika ada
- Maklumat latar belakang produk yang mahu dijual
- Status lesen eksport ke Malaysia, jika perlu
- Niat untuk melakukan jualan ini melalui Jualan Ketenteraan Asing atau Jualan Komersil Langsung
- Pesaing A.S. atau antarabangsa lain yang diketahui
- Agen tempatan, jika ada
- Hubungan yang sudah ada dengan Kementerian Pertahanan Malaysia, jika ada
Latihan Dan Persidangan Ketenteraan
Latihan
ODC menyelaras dan menyokong lebih kurang 14 -16 latihan dua hala dan pelbagai hala dengan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia setiap tahun untuk menggalakkan kebolehoperasian dan kerjasama. Contoh latihan tersebut adalah: CARAT (Cooperation Afloat Readiness and Training), Cope Taufan, Keris Strike, Air Warrior, dan Latihan Pertukaran Bersama.
Persidangan
Setiap tahun, ODC menghantar lebih kurang 70 orang ahli Kementerian Pertahanan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia untuk mengambil bahagian dalam persidangan dan seminar yang dianjurkan oleh A.S. Acara ini meningkatkan kebolehoperasian dan kerjasama di antara A.S., Malaysia dan negara lain di rantau ini.
ODC juga menyokong acara dan seminar khusus serantau dalam bidang seperti persediaan dan tindakan ke atas wabak influenza, pengambilan pegawai tentera tidak bertauliah, dan keselamatan maritim.
Pendidikan Dan Latihan Ketenteraan A.S.
ODC menguruskan program Pendidikan dan Latihan Ketenteraan Antarabangsa (IMET) yang memberikan latihan A.S. berasaskan geran kepada pelajar dari Malaysia. Setiap tahun, ODC menghantar lebih kurang 50 kakitangan tentera Malaysia untuk latihan IMET. ODC juga mengurus Program Latihan Penjualan Ketenteraan Asing, Program Fellowship Pencegahan Keganasan (CTFP), dan kursus Pusat Pengajian Keselamatan Asia-Pasifik (APCSS).
Laman web berguna lain: