Pejabat Hal Ehwal Awam Ucap Selamat Jalan kepada Pelajar YES

Kaunselor Hal Ehwal Awam Frank Whitaker telah menganjurkan majlis perpisahan untuk 45 orang pelajar program Pertukaran Pelajar Kennedy Lugar (YES) bersama-sama dengan pentadbir program Antarabudaya (AFS) Malaysia dan alumni YES.  Lulusan sekolah menengah dari seluruh Malaysia ini berkumpul untuk kali terakhir di Kuala Lumpur dalam program orientasi pra-berlepas selama tiga hari sebelum berlepas ke Amerika Syarikat pada 19 Januari 2015.  Kohort tahun ini termasuk pelajar kurang upaya pendengaran yang akan ditempatkan di Little Rock, Arkansas.  YES adalah salah satu program pertukaran terbesar Kerajaan Amerika Syarikat dan terus membuktikan ia menjadi platform yang berkesan dan berjaya untuk meningkatkan hubungan rakyat antara kedua-dua negara.