PAO Sampaikan Koleksi Amerika Pertama kepada Perpustakaan Negara Malaysia

Photo of people shaking hands
PAO Bonnie Gutman dan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Dato’ Raslin Bersama merasmikan penyampaian Koleksi Amerika di Perpustakaan Negara. (Foto Kedutaan A.S.)

Pada 22 Julai, Pegawai Hal Ehwal Awam Bonnie S Gutman telah menyampaikan koleksi buku pertama Amerika kepada Perpustakaan Negara Malaysia pada satu majlis khas yang diadakan oleh Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Dato’ Raslin Abu Bakar, dan dihadiri oleh 100 pustakawan kanan, pengarah Sudut Lincoln, pelanggan perpustakaan dan media.  Para tetamu bertepuk tangan mendengar mesej utama PAO tentang Koleksi Amerika, yang terdiri daripada kira-kira 300 judul buku dan bahan-bahan multimedia Amerika Syarikat sebagai “hadiah persahabatan” daripada rakyat Amerika.  Dalam ucapan mereka, kedua-dua Bonnie dan Dato’ Raslin bercakap tentang Amerika Syarikat dan Malaysia, dengan penduduk pelbagai, berkongsi nilai yang sama, dan tentang Koleksi Amerika akan mengeratkan lagi persefahaman dan persahabatan.  Bahan bercetak yang diedarkan untuk para peserta termasuk terbitan IPP tentang orang Islam di Amerika, dan dua buletin: webliografi “About America” dan Terbitan Khas: Ramadan Kareem Muslim Life in Amerika.