PAO Frank Whitaker Buka Zon Education USA di Sudut Lincoln Kuala Lumpur

Pegawai Hal Ehwal Awam, Frank Whitaker menyampaikan ucapannya. (Foto Kedutaan A.S.)
Pegawai Hal Ehwal Awam, Frank Whitaker menyampaikan ucapannya. (Foto Kedutaan A.S.)

Dalam ucapannya pada 6 April di pembukaan zon Education USA, Pegawai Hal Ehwal Awam Frank Whitaker menegaskan bahawa rakyat Malaysia yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat boleh mendapatkan panduan dan maklumat yang tepat dan terkini mengenai universiti, kolej, syarat kemasukan, dan bantuan kewangan, dan lain-lain, bukan sahaja dari MACEE (Suruhanjaya Amerika Malaysia mengenai Pertukaran Pendidikan) tetapi juga dari zon EducationUSA yang ditubuhkan di Sudut Lincoln Perpustakaan Kuala Lumpur.  Beliau menjelaskan bahawa pakar EducationUSA dari MACEE akan menganjurkan sesi rundingan pendidikan secara tetap di zon ini yang menyediakan sumber utama, termasuk buku mengenai TOEFL, SAT, ACT, GRE, dan lain-lain, untuk manfaat pelajar, ibu bapa , wartawan, dan semua rakyat Malaysia yang berminat untuk belajar di Amerika Syarikat.