PERHATIAN: PENGARANG
13 Mac 2023
Kuala Lumpur, Malaysia – Wakil-wakil daripada lebih 25 kolej dan universiti A.S. bertemu pelajar, ibu bapa dan guru Malaysia di Kuala Lumpur pada 11 Mac dalam pameran EducationUSA yang Kembali semula selepas berehat selama dua tahun akibat pandemik. Pameran kedua diadakan di Pulau Pinang pada 12 Mac bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia di utara untuk bertemu dengan wakil-wakil pendidikan tinggi A.S.
Pameran di Kuala Lumpur dilancarkan oleh Duta Besar McFeeters dengan menekankan manfaat besar yang ditawarkan oleh Amerika Syarikat kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk belajar di luar negara. “Sistem pendidikan tinggi AS kekal tiada tandingan dan terus menarik pemimpin masa depan dari seluruh dunia. Dengan komitmen yang tinggi terhadap kebebasan akademik, kepelbagaian dan inklusif, kolej dan universiti A.S. menerapkan kemahiran berfikiran kritis dan nilai demokrasi. Rakyat Malaysia yang memilih untuk belajar di A.S. juga mempunyai peluang yang tiada tandingan untuk bertemu dengan pelajar lain dari seluruh dunia dan bekerja dengan ahli fakulti terkenal. Saya menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menjadikan Amerika Syarikat sebagai pilihan utama mereka untuk pendidikan tinggi.”
Kakitangan konsular kedutaan A.S. memberikan pembentangan bermaklumat, dan info mudah tentang proses permohonan visa pelajar. Alumni Malaysia bercakap tentang pengalaman pendidikan dan budaya mereka seperti kehidupan kampus Amerika, pilihan kerjaya dan laluan mereka untuk berjaya. Pameran ini memberikan peluang unik kepada pelajar, ibu bapa dan guru untuk bercakap secara langsung dengan pegawai kemasukan daripada pelbagai universiti A.S. Mereka juga mempelajari tentang pelbagai topik, termasuk biasiswa, ujian standard, dan peluang Latihan Praktikal Pilihan yang membolehkan graduan memperoleh pengalaman pekerjaan langsung yang bernilai dan permulaan awal dalam kerjaya mereka.
Amerika Syarikat ialah negara hos terbesar di dunia yang mengalu-alukan sehingga satu juta pelajar antarabangsa setiap tahun. Universiti A.S. mempunyai standard akademik yang ketat, kelas berteknologi tinggi yang dinamik, kemudahan penyelidikan lanjutan, dan menyediakan sokongan akademik dan sosial yang komprehensif kepada pelajar antarabangsa.
Pelajar, ibu bapa, guru dan kaunselor yang berminat boleh menghubungi EducationUSA, yang menyediakan perkhidmatan nasihat percuma sepanjang tahun mengenai pelbagai aspek pendidikan tinggi di Amerika Syarikat.
Tentang EducationUSA
EducationUSA ialah rangkaian Jabatan Negara A.S. yang mempromosikan pendidikan tinggi A.S. kepada pelajar di seluruh dunia dengan menawarkan maklumat yang tepat, komprehensif dan terkini tentang peluang untuk belajar di institusi pasca pendidikan menengah bertauliah di Amerika Syarikat.
Pusat-pusat EducationUSA di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang menganjurkan program percuma tentang pendidikan tinggi A.S. dan menyediakan nasihat individu kepada bakal pelajar, ibu bapa dan guru.
Hubungi EducationUSA untuk temu janji secara peribadi atau maya hari ini.
https://calendly.com/educationusamalaysia
EducationUSA Malaysia di KL
Alamat: Mereka, Lot 1A-3, Level G1, Publika Shopping Gallery, Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur 50480, Malaysia
Emel: kualalumpur@educationusa.org
EducationUSA Malaysia di Pulau Pinang
Alamat: Kluster Sains Pulau Pinang, Wisma Yeap Chor Ee, 37, China Street Ghaut, Georgetown Pulau Pinang 10200, Malaysia
Emel: penang@educationusa.org