Kedutaan A.S. lancar kohort kedua program English Access Microscholarship di Pahang

CAO Michael Quinlan presents a Certificate of Award to one of the students.
Pelajar mempersembahkan koir semasa Majlis Pembukaan.

Pegawai Hal Ehwal Kebudayaan (CAO) Michael Quinlan bersama Ustaz Abu Bakar bin Mat Saad, Pengarah Kanan Pendidikan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), melancarkan kohort kedua Program English Access Microscholarship Kedutaan di Sekolah Menengah Agama Rompin di Pahang pada 13 Oktober 2017. Kira-kira 80 orang menghadiri pelancaran tersebut, termasuk pelajar Access, ibu bapa, guru, alumni Access dan pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. Majlis pembukaan bermula dengan tayangan video aktiviti Access, diikuti dengan koir pelajar yang menyanyikan lagu ‘Climb’ oleh Miley Cyrus. CAO Michael Quinlan menyampaikan Sijil Anugerah kepada 40 pelajar, menandakan permulaan program English Access Microscholarship selama dua tahun.

Program English Access Microscholarship menyediakan asas kemahiran berbahasa Inggeris untuk pelajar berumur 13 hingga 20 tahun yang kurang bernasib baik dari segi ekonomi melalui kelas dua tahun selepas waktu persekolahan dan aktiviti pembelajaran musim panas yang intensif. Keupayaan pelajar untuk menjadi warga global yang bertanggungjawab dan memahami budaya dan nilai A.S. diperkuat dengan program kemasyarakatan, kepimpinan, pemikiran kritikal dan kemahiran IT. Sejak 2003, lebih daripada 118,00 pelajar di lebih 85 negara telah dianugerahkan dengan biasiswa ini.

Foto kumpulan pelajar Access baharu dengan pegawai dari Kedutaan, Jabatan Agama Islam Pahang dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.