Setiausaha Negara A.S.

Secretary of State Mike PompeoSETIAUSAHA NEGARA MIKE POMPEO

Mike Pompeo mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Negara pada 26 April 2018. Beliau sebelum ini telah berkhidmat sebagai Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) dari Januari 2017 hingga April 2018.

Sebelum menyertai Pentadbiran Trump, Encik Pompeo merupakan ahli kongres dari Daerah ke-4, Kansas, yang sedang berkhidmat untuk penggal keempat. Beliau telah berkhidmat bagi Badan Jawatankuasa Perisikan, juga Jawatankuasa Tenaga dan Perdagangan serta Badan Terpilih Jawatankuasa Benghazi.

Sebelum beliau berkhidmat dalam Kongres, Encik Pompeo merupakan pengasas Aeroangkasa Thayer, di mana beliau bertugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif selama lebih daripada satu dekad. Beliau kemudiannya menjadi Presiden Sentry International, iaitu syarikat pembuatan peralatan, pengedaran dan perkhidmatan lapangan minyak.

Encik Pompeo berkelulusan kelas pertama dalam kelasnya di Akademi Ketenteraan Amerika Syarikat di West Point pada 1986 dan berkhidmat sebagai pegawai askar berkuda yang meronda Tirai Besi sebelum kejatuhan Tembok Berlin. Beliau juga telah berkhidmat dengan Skuadron Ke-2, Pasukan Berkuda ke-7 dalam Bahagian Infantri Keempat Tentera Darat A.S.

Selepas menamatkan tugas aktifnya, Encik Pompeo telah peroleh kelulusan dari Sekolah Undang-undang Harvard, selepas menjadi seorang editor Harvard Law Review.

Encik Pompeo dilahirkan pada 30 Disember 1963, di Orange, California. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Susan Pompeo dan dikurniakan seorang anak lelaki, bernama Nick.