Presiden Amerika Syarikat

President Donald J. TrumpDonald J. Trump merupakan cerita kejayaan Amerika.  Sepanjang hidupnya, beliau terus menetapkan standard kecemerlangan dalam perniagaan dan keusahawanan, terutama minatnya dalam hartanah, sukan, dan hiburan. Langkah beliau memasuki politik dan perkhidmatan awam juga membawa kemenangan menjadi Presiden.  Ini sesuatu yang menakjubkan kerana Trump bertanding jawatan Presiden untuk pertama kali.

Selepas menamatkan pengajian di Wharton School of Finance, Trump mengikuti jejak langkah bapanya sebagai pemaju hartanah, dan menjejakkan kaki ke dalam dunia pembangunan hartanah di New York.  Nama Trump kemudian menjadi sinonim dengan alamat yang paling berprestij di Manhattan dan seterusnya di seluruh dunia. Trump juga seorang penulis yang berjaya dan telah menulis lebih 14 buku yang laris dijual.  Buku pertamanya, The Art of Deal, menjadi buku #1 dalam carta tahunan, dan dianggap buku klasik perniagaan.

Trump mengumumkan pencalonannya pada 16 Jun 2015.  Beliau menerima pencalonan parti Republikan untuk Presiden Amerika Syarikat pada bulan Julai 2016, selepas 17 pencabar dari parti yang sama memberhentikan kempen mereka.  Trump memenangi pilihan raya pada 8 November 2016 dengan kemenangan terbesar untuk pemilih kolej bagi Republikan dalam tempoh 28 tahun.  Beliau memenangi lebih daripada 2,600 daerah di seluruh Amerika Syarikat, yang paling banyak sejak Presiden Reagan pada 1984.  Selain itu, beliau memenangi lebih 62 juta undi dalam undi popular, paling tinggi dalam sejarah bagi seorang calon Republikan. Beliau juga memenangi 306 undi pemilih, yang paling banyak untuk Republikan sejak George H.W. Bush pada 1988.  Berjuta-juta rakyat Amerika bersatu menyokong mesej beliau untuk membina semula negara dan mencabar status quo—kemenangan nasional ini benar-benar merupakan satu gerakan yang bersejarah.

Donald J. Trump berkempen di tempat yang beliau sedar Republikan sukar untuk mencapai kemenangan—Flint, Michigan, sekolah berpiagam di tengah bandar Cleveland, dan gereja Hispanik di Florida—kerana Trump mahu membawa mesej pemerkasaan ekonomi kepada semua rakyat Amerika.  Berjuta-juta ahli parti Republikan yang baru menaruh kepercayaan kepada Trump dan memberi undi mereka kerana fokus Trump untuk membawa kemakmuran melalui perjanjian perdagangan yang lebih adil.  Hal ini membawa kepada kemenangan dengan margin yang sihat dalam kawasan merah yang baharu.  Jelas sekali bahawa kemenangan Presiden Trump adalah salah satu perkara yang menyatukan rakyat Amerika daripada semua latar belakang, dan Trump bersedia untuk menyempurnakan tugasnya untuk Amerika Syarikat bemula dari hari pertama dan sepanjang perkhidmatan beliau.

Presiden Trump berkahwin dengan isterinya, Melania, selama 12 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki, Barron. Selain itu, Trump mempunyai empat orang anak yang sudah dewasa, Don Jr., Ivanka, Eric dan Tiffany, dan lapan orang cucu.

Sumber biografi: whitehouse.gov