Sejarah A.S. dan Malaysia

  1. Sejarah A.S. dan Malaysia
  2. Pejabat-pejabat

Ringkasan

Hubungan antara Amerika Syarikat dan Persekutuan Tanah Melayu menjangkau sejauh abad ke-19, apabila pedagang A.S. datang berdagang di beberapa pelabuhan di kawasan yang kini menjadi Malaysia.  Walau bagaimanapun, selepas abad ke-20, terutamanya selepas kemerdekaan Malaysia pada 1957, hubungan A.S.-Malaysia berkembang daripada hanya perdagangan kecil-kecilan ini.

Pengiktirafan

Pengiktirafan A.S. terhadap Kemerdekaan Malaysia, 1957.

Amerika Syarikat mengiktiraf Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 melalui surat daripada Setiausaha Negara A.S. John Foster Dulles kepada Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.  Tanah Melayu sebelum ini telah menjadi sebahagian daripada Empayar British.

Kewujudan Konsular

Penubuhan Hubungan Konsular, 1918.

Amerika Syarikat memulakan hubungan konsular dengan apa yang kini dikenali sebagai Malaysia apabila seorang Konsul dilantik ditempatkan di Pulau Pinang pada 1918.

Penubuhan Jawatan Konsular, 1948 dan 1964.

Amerika Syarikat juga mewujudkan jawatan konsular di Kuala Lumpur (1948) dan Kuching (1964).

Hubungan Diplomatik

Penubuhan Hubungan Diplomatik 1957.

Hubungan diplomatik ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, apabila Amerika Syarikat menaikkan taraf Konsulat Jeneral di Kuala Lumpur kepada status Kedutaan.  Konsul Jeneral pada ketika itu, Thomas K. Wright, dipertanggungjawabkan sebagai Kuasa Usaha Kedutaan.

Perubahan pada Pentauliahan, 1963.

Pada 1963, Persekutuan Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sarawak dan Sabah untuk membentuk Persekutuan Malaysia.  Berikutan ini, semua Duta A.S, ditauliahkan ke Persekutuan Malaysia dan bermastautin di Kuala Lumpur.

Sumber
Lembaran Fakta Negara Jabatan Negara A.S.: Malaysia
Maklumat Negara Jabatan Negara A.S.: Malaysia
Pejabat Sejarah Jabatan Negara A.S.: Malaysia