Hubungan Kita

Malaysia adalah rakan kongsi serantau dan global yang penting kepada Amerika Syarikat, dan kedua-dua negara berkongsi perkongsian yang pelbagai dan berkembang dalam hubungan perdagangan, pelaburan, pendidikan dan budaya. Hubungan ekonomi kedua-dua negara adalah kukuh, dan terdapat sejarah yang panjang dalam pertukaran rakyat dengan rakyat. Malaysia mempunyai demokrasi yang pelbagai dan merupakan rakan penting dalam penglibatan A.S. dengan Asia Tenggara. Kedua-dua negara bekerjasama secara erat dalam hal ehwal keselamatan, termasuk memerangi keganasan, kesedaran domain maritim, dan kestabilan serantau serta kerap membuat latihan, eksesais dan lawatan dua hala dan pelbagai hala.