Ucapan Pembukaan di Mesyuarat A.S.-ASEAN Peringkat Menteri oleh Setiausaha Negara Michael R. Pompeo

Foto: U.S. Department of State

KENYATAAN
Setiausaha Negara Michael R. Pompeo
Ucapan Pembukaan di Mesyuarat A.S.-ASEAN Peringkat Menteri
Centara Grand
Bangkok, Thailand

1 Ogos 2019 

SETIAUSAHA NEGARA POMPEO: Terima kasih. Terima kasih, Menteri Luar. Terima kasih kerana sudi menjadi tuan rumah di sini hari ini, dan saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Luar Don atas tahun kejayaannya dalam jawatan pengerusi Thailand.
Sebagai Setiausaha Negara, kunci utama misi saya adalah untuk memberitahu dunia akan pendirian Amerika Syarikat. Berdekad lamanya, diplomasi Amerika Syarikat bersama ASEAN telah dipandu secara konsisten oleh hasrat kami dalam perkongsian menghormati kedaulatan setiap negara, dan berkongsi komitmen terhadap peraturan dasar, hak-hak asasi manusia, serta kemampanan pertumbuhan ekonomi.
Komitmen tersebut dan komitmen terhadapASEAN yang neutral (centrality) diteruskan di bawah kepimpinan Presiden Trump. Saya berasa amat sukacita melihat ASEAN baru-baru ini telah melahirkan pandangannya terhadap Indo-Pasifik, yang juga menyokong kedaulatan, ketelusan, tadbir urus yang baik, pemerintahan berasaskan peraturan, antara banyak perkara lain.
Sebenarnya, kita tidak pernah meminta mana-mana negara Indo-Pasifik untuk menyebelahi mana-mana negara. Penglibatan kami di rantau ini tidak pernah dan tidak akan berdasarkan yang menang dapat semuanya dan yang kalah hilang semuanya atau ‘zero-sum exercise’. Kepentingan kami secara semula jadi bergabung dengan kepentingan semua demi faedah bersama.
Terima kasih.

# # #

Terjemahan ini disediakan sebagai ihsan dan hanya sumber asal dalam bahasa Inggeris yang dianggap sebagai berwibawa.

Sumber: https://www.state.gov/secretary-of-state-michael-r-pompeo-opening-remarks-at-u-s-asean-ministerial/