KENYATAAN AKHBAR
ANTONY J. BLINKEN, SETIAUSAHA NEGARA
26 MEI 2021
Antony J. Blinken, Setiausaha Negara
Hari ini kita bersama penganut Buddha di sini dan di seluruh dunia dalam perayaan Wesak, hari yang menghormati warisan, tradisi, dan ajaran Buddha.
Pada kesempatan ini, kita meraikan sumbangan masyarakat Buddha yang tidak ternilai di seluruh dunia. Kami bersama dengan komuniti-komuniti ini menegaskan komitmen untuk menegakkan prinsip sejagat kasih sayang, kedamaian, dan penghormatan terhadap maruah manusia.
Semoga hari ini memberi inspirasi kepada kita semua untuk merenungkan kembali nilai-nilai bersama dan secara kolektif berusaha untuk membina dunia yang lebih baik untuk penganut Buddha dan untuk semua tradisi kepercayaan.
Selamat Menyambut Buddha Purnima.