KENYATAAN AKHBAR
ANTONY J. BLINKEN, SETIAUSAHA NEGARA
12 MEI 2021
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua umat Islam di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia yang merayakan Hari Raya Aidil Fitri.
Pada Aidil Fitri ini, kita merenung kembali nilai-nilai kebajikan, kemasyarakatan, kerjasama, dan kasih sayang, dan dalam menghadapi wabak global ini, kita meraikan umat Islam di seluruh dunia yang berkumpul untuk berdoa dan berpuasa hanya bersama keluarga mereka, dan bukannya dengan komuniti mereka yang lebih besar. Pengorbanan ini amat dihargai dan telah membantu menjaga keselamatan dan kesihatan semua masyarakat. Kita seterusnya mengiktiraf sumbangan pekerja barisan hadapan Muslim sepanjang tragedi wabak ini. Sikap tidak mementingkan diri mereka menjadi inspirasi kepada kita semua.
Kita turut mengingati mereka yang telah mengalami kesukaran dan melarikan diri daripada keganasan, juga mereka yang telah menolong mereka dalam perjalanan ini, ia mengingatkan kita semua untuk terus memainkan peranan di tempat kita dan di seluruh dunia – bukan hanya untuk menyelamatkan nyawa – tetapi untuk mengembalikan maruah dan pemahaman untuk semua orang, terutamanya pada masa memerlukan yang luar biasa ini.
Saya meminta maaf kerana tidak dapat menganjurkan perayaan Aidil Fitri tahun ini kerana wabak, tetapi saya akan terus menjalin dan mengukuhkan hubungan erat yang kita nikmati dengan masyarakat Islam yang pelbagai. Selamat menyambut Aidil Fitri. Eid Mubarak.