Flag

An official website of the United States government

Sempena Hari Raya Aidiladha
2 MINIT DIBACA
Julai 21, 2021

KENYATAAN AKHBAR
ANTONY J. BLINKEN, SETIAUSAHA NEGARA
20 Julai 2021

Antony J. Blinken, Setiausaha Negara

Bagi pihak Amerika Syarikat, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada mereka yang menyambutnya di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia.

Hari istimewa ini adalah masa untuk merenung kembali nilai-nilai pengorbanan, pelayanan, kasih sayang, amal, dan untuk menolong mereka yang kurang bernasib baik. Ketika kita memperingati Hari Raya Aidiladha tahun ini, pandemik COVID-19 terus mengehadkan cara anggota masyarakat keagamaan menyambut hari dan tradisi suci ini. Kami menghormati umat Islam di seluruh dunia yang menghabiskan cuti bersama keluarga dan rakan mereka dengan mengikuti garis panduan kesihatan dan keselamatan, terutama mereka yang tidak dapat mengerjakan ibadah haji. Kami berharap banyak jemaah haji akan berpeluang menunaikan haji selepas semuanya selamat.

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha.  Eid Mubarak dan Selamat Mendapat Haji Mabrur.