Notis Penting: Sistem Pembayaran Baharu untuk Permohonan Visa A.S.

Berkuat kuasa 1 Februari 2016, Standard Chartered Bank tidak lagi akan menerima bayaran atas kaunter untuk permohonan visa A.S.  Pemohon visa boleh terus membayar yuran visa mereka melalui pemindahan dana elektronik atau menggunakan platform pembayaran dalam talian JomPAY.  Bermula 1 Februari 2016, mereka juga boleh membayar atas kaunter di cawangan Maybank yang ditetapkan.  Maklumat terperinci mengenai pilihan pembayaran dan lokasi cawangan Maybank disiarkan mulai 1 Februari 2016 di www.ustraveldocs.com/my.

Sila ajukan pertanyaan kepada pusat panggilan visa Kedutaan A.S. di +603 2788-5000.