Berita & Program

Tentera Udara Malaysia dan Amerika berlatih bersama dalam Eksesais Cope Taufan

Pada 15 Jun, 40 kakitangan media telah dijemput untuk melihat secara langsung penurunan dari udara oleh kapal C-17 Globemaster yang terbang di atas Penor, Pahang, sebelum meneruskan perjalanan ke pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Butterworth, Pulau Pinang.  Latihan ini adalah sebahagian daripada Eksesais Cope Taufan dan Teak Mint yang diadakan secara serentak pada ...
Baca Selanjutnya»

Persembahan Muzik Tentera Udara A.S. Menarik Perhatian Rakyat Malaysia

Ketika Tentera Udara A.S. Asia Pasifik (PACAF) menjalankan latihan ketenteraan bersama rakan Malaysia mereka pada 9-22 Jun, kumpulan pemuzik empat orang yang diketuai oleh Kapten Haley Armstrong sibuk melakukan aktiviti-aktiviti perhubungan masyarakat di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.  Mereka mempersembahkan muzik dan lagu popular Amerika dengan cara tersendiri di hadapan penonton, di samping menyebarkan mesej kegembiraan dan persahabatan kepada kira-kira ...
Baca Selanjutnya»

Pemangku DCM Kent Stiegler Tekankan Kerjasama Menyeluruh A.S.

Pada 28 Mei, Pemangku Timbalan Ketua Perwakilan (A/DCM) Kent Stiegler mengucapkan tahniah kepada 21 graduan Ijazah Sarjana Institut Malaysia bagi Inovasi Rantaian Bekalan (MISI) di Selangor untuk berjaya menamatkan program ketat, yang merupakan kerjasama antara Institut Teknologi Massachusetts (MIT) dan Kerajaan Malaysia.  A/DCM Stiegler berkata bahawa inisiatif ini meningkatkan hubungan pendidikan antara Amerika Syarikat dan ...
Baca Selanjutnya»

Meraikan Jazz di Johor Bahru

Pada 23 Mei, Sudut Lincoln Johor telah menganjurkan Malam Penghargaan Jazz iaitu malam penuh keseronokan dengan konsert Jazz oleh Pegawai Kedutaan Amerika Syarikat Matt Ingeneri dengan kerjasama Orkestra Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).  Lebih daripada 100 tetamu daripada semua lapisan masyarakat telah dihiburkan oleh persembahan secara langsung selama dua jam, yang terbuka kepada orang ramai, ...
Baca Selanjutnya»

Sudut Lincoln Melaka Promosi E-Library USA

Pada 15 Mei, 20 orang guru dan pustakawan dari sekolah dan Perpustakaan Awam Negeri Melaka menghadiri bengkel khas mengenai “Literasi Maklumat: Memanfaatkan Kuasa E-Library USA” yang dianjurkan di Sudut Lincoln.  Pustakawan Rujukan Pusat Sumber Lincoln Nurha Matrang memperkenalkan para peserta kepada pangkalan data percuma dan mengajar mereka bagaimana untuk mencari artikel mengenai pelbagai topik seperti ...
Baca Selanjutnya»