Pelajar dari Yayasan Dignity for Children Ikuti Kursus Pendek Terbuka Junior NBA

A group shot with the students and teachers from Dignity for Children Foundation at the end of the clinic. (U.S. Embassy photo)
Para pelajar mengikuti sesi latihan. (Foto Kedutaan A.S.)
Para pelajar mengikuti sesi latihan. (Foto Kedutaan A.S.)

40 pelajar dari Yayasan Dignity for Children telah mengikuti Kursus Pendek Terbuka Junior NBA di Sekolah Antarabangsa IGB di Sierramas pada hari Sabtu, 2 April 2016.  Kursus ini dibimbing oleh Ketua Jurulatih Junior NBA, Craig Brown dan terbuka kepada pelajar dari pelbagai sekolah.  Secara keseluruhannya, terdapat lebih 400 pelajar yang mengambil bahagian dalam kursus ini.

Kursus dimulakan dengan sesi memanaskan badan dengan pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut peringkat umur untuk pembangunan kemahiran. Setiap pelajar perlu menjalani latihan enam kemahiran termasuk latihan untuk pembalingan, pengendalian, penyesuaian, penghantaran, pertahanan, dan serangan dengan bimbingan jurulatih.  Dalam kursus ini, nilai teras Junior NBA iaitu semangat kesukanan, kerja berpasukan, sikap positif, dan rasa hormat juga diterapkan melalui aktiviti. Pada akhir kursus, satu perlawanan pendek Kalah Mati diadakan dan 5 pemain terbaik memenangi hadiah bola keranjang dan beg galas daripada Dutch Lady serta barangan Dutch Lady yang lain.

Penyertaan daripada pelajar Yayasan Dignity for Children dalam kursus pendek ini merupakan sebahagian daripada program “Kemahiran Hidup Melalui Sukan Amerika” oleh Yayasan ASA yang dibiayai oleh Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.