Meraikan Jazz di Johor Bahru

Photo of man playing music
Matt Ingeneri bersama Orkestra Majlis Bandaraya Johor Bahru pada Malam Penghargaan Jazz di Johor Bahru, 23 Mei 2014. (Foto Kedutaan A.S.)

Pada 23 Mei, Sudut Lincoln Johor telah menganjurkan Malam Penghargaan Jazz iaitu malam penuh keseronokan dengan konsert Jazz oleh Pegawai Kedutaan Amerika Syarikat Matt Ingeneri dengan kerjasama Orkestra Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).  Lebih daripada 100 tetamu daripada semua lapisan masyarakat telah dihiburkan oleh persembahan secara langsung selama dua jam, yang terbuka kepada orang ramai, di Hutan Bandar, taman rekreasi Johor Bahru.  Acara ini merupakan inisiatif Sudut Lincoln Johor untuk membawa muzik jazz, satu khazanah Amerika, lebih dekat kepada masyarakat dan sebagai memperingati Bulan Penghargaan Jazz.  Sudut Lincoln Johor menyediakan bahan-bahan untuk membolehkan tetamu mengetahui lebih lanjut mengenai jazz serta banyak sumber lain yang ada di Lincoln Corner. . Seorang wakil Datuk Bandar, Hazrin Ahmad yang merupakan Pengarah di Jabatan Pembangunan Masyarakat MBJB hadir menyaksikan persembahan.  Tetamu lain termasuk ahli-ahli Lembaga Penasihat MBJB, para pelajar dari Universiti Teknologi Mara, dan ahli-ahli keluarga diraja Johor.

Photo of man playing music
Ingeneri menunjukkan beberapa kemahiran bermain gitar semasa program Master Class di Sudut Lincoln Johor. (Foto Kedutaan A.S.)

Ingeneri juga berinteraksi dengan 40 pelajar sekolah menengah dalam program eksklusif Master Class yang diadakan di Sudut Lincoln Johor dengan memberikan pelajar peluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang muzik dan jazz.  Para pelajar dari tiga buah sekolah mengambil bahagian dalam program ini, malah ada yang datang dengan gitar mereka sendiri semata-mata untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana mereka boleh menjadi pemimpin masa depan dan terus meneruskan minat mereka dalam muzik.