Mengingati Ulang Tahun Ketiga Nahas Penerbangan Malaysia Airlines MH17

Kenyataan Akhbar
Heather Nauert
Jurucakap Jabatan
Washington, DC
17 Julai 2017

Tiga tahun lepas, 298 orang awam yang tidak berdosa telah terbunuh dalam nahas Penerbangan Malaysia Airlines MH17. Amerika Syarikat sekali lagi melahirkan rasa simpati setulus ikhlas kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa.

Amerika Syarikat akan terus menyokong usaha Pasukan Penyiasatan Bersama dan menggesa negara lain untuk bekerjasama sepenuhnya untuk memastikan mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan. Seperti yang kami dan Pasukan Penyiasatan Bersama nyatakan, tentera yang diketuai oleh Rusia di timur Ukraine melancarkan peluru berpandu BUK dari darat ke udara– yang dibawa ke wilayah Ukraine berdaulat dari Rusia – dan menembak jatuh pesawat MH17. Kami mengalu-alukan keputusan terbaru pasukan penyiasatan untuk memberikan kuasa kepada mahkamah Belanda untuk pendakwaan terhadap mereka yang bertanggungjawab atas tragedi ini. Kami mempunyai keyakinan penuh terhadap keupayaan sistem keadilan jenayah Belanda untuk melakukan pendakwaan yang menyeluruh, objektif dan adil.