Mempelajari Kemahiran Hidup Melalui Sukan Amerika

A group photo with coaches and students with U.S. Embassy Charge d'Affaires Edgard Kagan (back row, center, white shirt) (U.S. Embassy photo)
Kagan bermain bola keranjang dengan pelajar. (Foto Kedutaan A.S.)
Kagan bermain bola keranjang dengan pelajar. (Foto Kedutaan A.S.)

28 Januari – Kuasa Usaha Kedutaan Amerika Syarikat Edgard Kagan baru-baru ini melancarkan program Melatih Jurulatih tentang “Kemahiran Hidup melalui Sukan Amerika” oleh Yayasan ASA di Yayasan Dignity for Children. Lebih daripada 50 orang menghadiri majlis pelancaran program ini termasuk jurulatih dan pelajar dari yayasan Dignity.

Program yang dibiayai oleh Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur ini dikendalikan oleh Yayasan ASA bersama Yayasan Dignity for Children dengan melatih 20 guru sekolah rendah dan menengah di Malaysia bermain bola keranjang dan bola sepak.

Pengarah teknikal Yayasan ASA Lee Hawkins menjelaskan bahawa program ASA merangkumi bengkel pembelajaran tentang sukan berpasukan profesional dan modul pembangunan kejurulatihan untuk mewujudkan peluang pembangunan sukan untuk sekolah dan masyarakat yang tinggal di seluruh Asia.

Kuasa Usaha Edgard Kagan berkata sukan memberi orang peluang untuk memahami kepentingan kerja berpasukan dan semangat kesukanan.

“Sukan adalah bahasa yang difahami oleh semua orang,” kata Kagan.

Dalam ucapannya, pengarah eksekutif Yayasan Dignity for Children Petrina Satvinder mengucapkan terima kasih kepada Kedutaan Amerika Syarikat Kuala Lumpur dan Yayasan ASA kerana membantu mereka untuk menganjurkan program ini.

Program ini dibuat di Pusat Komuniti Sentul Perdana selama tiga hari berturut-turut. Pada akhir latihan, guru akan kembali kepada masyarakat mereka untuk melaksanakan program ini sendiri selama enam bulan, berdasarkan kurikulum yang mereka pelajari.