Mastura Rashid Terima Anugerah Kemanusiaan Muhammad Ali

Mastura Rashid, pengasas Projek Nasi Lemak, telah diberi penghormatan pada 29 September dalam Anugerah Kemanusiaan Muhammad Ali kedua di Louisville, Kentucky.  Acara ini telah diwujudkan untuk memberi penghormatan kepada mereka yang membuat perbezaan dalam komuniti mereka dan seterusnya di seluruh dunia.  Selain anugerah yang diberikan kepada humanis berpengalaman, enam anak muda, berumur 30 tahun dan ke bawah, juga menerima anugerah bagi setiap Enam Prinsip Teras Muhammad Ali: Keyakinan, Keteguhan, Dedikasi, Memberi Bakti, Hormat, dan Kerohanian.  Mastura menerima Anugerah Kerohanian.

Mastura ialah pengurus dan pengasas Projek Nasi Lemak, satu projek khidmat masyarakat yang beliau mulakan pada tahun 2011.  Projek Nasi Lemak adalah gerakan bebas untuk menangani kemiskinan bandar di Malaysia yang memberi tumpuan pada tiga bidang utama: program memberi makan, pendidikan, dan bantuan.  Projek Nasi Lemak menerima pembiayaan daripada bahagian Wakil Khas Komuniti Islam Jabatan Negara Amerika Syarikat, di bawah program Generasi Perubahan.