Aksi Hebat Ceriakan Taman Luncur Papan Roda

Pada akhir bulan Jun, peluncur papan roda pro Jimmy Cao dan Cheryl Jumao-as bertandang ke Malaysia sebagai sebahagian daripada program Diplomasi Sukan Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Program mereka yang berlangsung selama seminggu mencapai lebih daripada 500 peluncur papan roda di seluruh Malaysia, kedua-duanya di semenanjung Malaysia dan Malaysia timur. Di sini, program mereka dianjurkan bersama Kementerian Belia dan Sukan dan Tentera Laut Diraja Malaysia, dengan menyediakan hiburan dan peralatan kepada beberapa sekolah dan rakan kongsi tempatan.

Dengan liputan media dan persembahan awam, kami menganggarkan bahawa beribu-ribu rakyat Malaysia terdedah kepada sukan meluncur papan roda semasa program berlangsung.

Salah satu momen hebat dalam lawatan Jimmy dan Cheryl ialah penjelajahan mereka ke Taman Botani Negara untuk mencari “Taman Luncur Papan Roda yang Ditinggalkan di Shah Alam.” Dibina sebagai sebahagian daripada taman, selama bertahun-tahun taman luncur papan roda ini – yang lengkap dengan tempat luncur tegak, tempat luncur kecil dan tempat berbentuk mangkuk – sudah dimamah usia dan cuaca. Selepas dibersihkan sedikit, Jimmy dan Cheryl dapat turun dan meluncur di taman ini.

Secara keseluruhan, program ini merupakan satu kejayaan yang luar biasa dan tidak akan mungkin dapat dilakukan tanpa sokongan KK12FM, Persatuan Sukan Ekstrem Sabah (SESSIONS), dan Kelab Skateboarding – diketuai oleh Boy Ipoh dan Joe Ipoh di taman luncur Bukit Kiara. Kami sangat gembira bahawa salah satu program kami menampilkan legenda papan luncur roda Malaysia, Pa’din Musa!